Permohonan SMA Negeri Johor 2024 Online (SMAJ)

Permohonan SMA Negeri Johor 2024 Online (SMAJ)|BILAKAH tarikh permohonan SMA Negeri Johor ambilan 2024 bakal dibuka? Perhatian buat pelajar Tahun 6 yang berminat membuat permohonan kemasukan Tingkatan 1 ke Sekolah Menengah Agama Negeri Johor (SMAJ) ambilan tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan SMAJ 2024 bakal dibuka secara online pada 1 hingga 21 Disember 2023 selepas pengisytiharan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2023. Berikut dikongsikan Permohonan SMA Johor 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan SMA Negeri Johor 2020 Online

Permohonan SMA Negeri Johor 2024 Online (SMAJ)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan SMA Negeri Johor (SMAJ) beserta syarat kemasukan:

Tarikh Penting Permohonan SMA Johor 2024

◾ Tarikh Permohonan Dibuka: 1 Disember 2023
◾ Tarikh Permohonan Ditutup: 21 Disember 2023

Cara Permohonan SMA Johor 2024 Online

1. Permohonan kemasukan Tingkatan 1 SMAJ boleh dibuat secara atas talian (online) di Laman Web Rasmi SMAJ menerusi pautan seperti dibawah:
KLIK 👉 https://daftar-smanj.net/t1/2024/

2. Kemudian, masukkan No Kad Pengenalan anda dan klik pada butang "Hantar".

Senarai Sekolah Menengah Agama Negeri Johor

Berikut adalah Senarai Sekolah Menengah Agama Negeri Johor:

1. Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang Johor
2. Maahad Tahfiz Johor, Johor Bahru (Lelaki Sahaja)
3. Maahad Pontian, Pontian Johor
4. Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat Johor
5. Sekolah Menengah Agama Bugisiah, Pontian Johor


Syarat Kemasukan SMA Johor 2024

Antara syarat kemasukan SMA Negeri Johor adalah seperti berikut:

◾Mendapat 3A 3B dalam peperiksaan UPSR 2023
◾Warganegara Malaysia
◾Anak jati kelahiran Negeri Johor

Ujian Kelayakan SMANJ

1. Hanya calon yang disenarai pendek berdasarkan Kiraan Merit Tertinggi akan dipanggil untuk menghadiri UJIAN KELAYAKAN yang dijadualkan akan dijalankan pada 2-5 Januari 2023 (Isnin-Khamis) di tempat yang akan ditetapkan.

2. Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu;

A. Ujian Bertulis
- Dijalankan selama 1 jam 15 minit
- Merangkumi penguasaan asas BM, BI, BA, Matematik, Sains, Tajwid, Jawi dan Pengetahuan Am.

B. Ujian Inventori Personaliti Murid (IPM) selama 15 minit

C. Ujian Lisan
- Bacaan surah al Fatihah
- Bacaan 3-5 baris ayat Al Quran
- Tasmik hafazan al Quran (khas bagi permohonan ke MJ, MTNJ, MJLB dan SMAKJ)
- Calon akan diberi masa 30 minit untuk menghafaz satu muka surat al Quran yang akan ditentukan pada hari Ujian dijalankan.

Selamat membuat Permohonan SMA Negeri Johor tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke SMAJ!

4 comments:

  1. alamkk bila tekan link tak boleh lah ermm

    ReplyDelete
  2. Link tu tak boleh tekan la

    ReplyDelete
  3. betul link tak boleh buka

    ReplyDelete
  4. selain warga negara malaysia tak boleh ke?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.