Permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN 2024

Permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN 2024|ADAKAH anda ingin membuat permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN bagi tahun 2024? Panduan buat para pelajar yang ingin membuat permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN bagi melanjutkan pengajian di Universiti Awam (UA) ambilan tahun 2024. Berikut dikongsikan Permohonan WPP PTPTN tahun 2024 buat rujukan anda.

Permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN 2019

Untuk makluman anda, permohonan WPP PTPTN adalah berdasarkan pengesahan setuju terima WPP yang dibuat semasa permohonan kemasukan ke IPT iaitu sama ada melalui Portal UPU atau IPT. Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN adalah merupakan wang pendahuluan berjumlah RM1,500 yang diberikan kepada pelajar yang layak sebelum mereka mendaftar di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN 2024

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan cara permohonan WPP PTPTN beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan WPP PTPTN 2024

1. Kaedah permohonan adalah berdasarkan pengesahan setuju terima WPP yang dibuat semasa permohonan kemasukan ke IPT iaitu sama ada melalui Portal UPU atau IPT.

Syarat Kelayakan Permohonan WPP PTPTN

Antara syarat-syarat kelayakan WPP PTPTN adalah seperti berikut:

1. Penjaga pelajar/ pelajar mestilah Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR);

2. Warganegara Malaysia;

3. Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di Universiti Awam & Politeknik; dan

4. Tiada hutang WPP

Artikel Berkaitan:

👉 Semakan WPP PTPTN
👉 Jadual Kemasukan Duit PTPTN

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan WPP PTPTN, sila hubungi PTPTN HOTLINE di talian 03 - 2080 4455 atau layari Portal Rasmi di https://www.ptptn.gov.my

Selamat membuat Permohonan WPP PTPTN tahun 2024 secara online!

No comments

Powered by Blogger.