Permohonan Biasiswa Karangkraf 2024 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Karangkraf 2024 Online (Semakan Keputusan)|ADAKAH anda ingin memohon bantuan pinjaman atau biasiswa untuk pengajian di IPTA? Berita baik buat lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Biasiswa Karangkraf tahun 2024 sebagai pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa Karangkraf 2024 boleh dibuat secara online melalui Laman Web Rasmi Karangkraf. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa Karangkraf 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Biasiswa Karangkraf 2019 Online

Sedia maklum, Biasiswa Karangkraf merupakan dana pendidikan yang ditubuhkan pada tahun 2004 untuk membantu pelajar lepasan SPM, STPM dan Diploma yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Program ini dimulakan dengan menawarkan biasiswa kepada kakitangan untuk meneruskan pendidikan di Universiti SEGI dan pada masa kini, program biasiswa ini terbuka untuk orang ramai dengan pilihan untuk belajar di SEGI, UNIRAZAK, UNITAR, UNISEL, KUIS, UNITEN, Ranaco, Instedt dan Cosmopint dalam pelbagai bidang.

Permohonan Biasiswa Karangkraf 2024 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan cara permohonan Biasiswa Karangkraf beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:

Cara Permohonan Biasiswa Karangkraf 2024 Online

1. Pemohon boleh muat turun borang permohonan melalui laman web di https://www.karangkraf.com/biasiswa-karangkraf/#1548144709769-7484d651-5992

Syarat Kelayakan Biasiswa Karangkraf 2024

Antara syarat kelayakan Biasiswa Karangkraf seperti berikut:

A. Syarat Am

◾Calon adalah warganegara Malaysia dan berumur kurang daripada 25 tahun.
◾Aktif dalam sukan dan aktiviti kokurikulum.
◾Tidak terlibat dan terikat dengan mana-mana dana pendidikan atau pinjaman pendidikan yang lain.
◾Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000.

B. Syarat Akademik

◾Keputusan cemerlang dalam SPM minimum 8 Kepujian.
◾STPM/ Matrikulasi, Diploma atau Setaraf dengannya sekurang-kurangnya 3.00.

Semakan Keputusan Biasiswa Karangkraf 2024 Online

*Akan dikemaskini

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Biasiswa Karangkraf, boleh terus hubungi 03 - 5101 3325/3327 atau layari ke laman web http://www.karangkraf.com

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Karangkraf 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Biasiswa Karangkraf!

No comments

Powered by Blogger.