Permohonan Biasiswa Yayasan Khazanah 2023 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Yayasan Khazanah 2023 Online (Semakan Keputusan)|ADAKAH anda ingin memohon bantuan pinjaman pelajaran atau biasiswa untuk melanjutkan pengajian? Berita baik buat pelajar lepasan SPM yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Biasiswa Yayasan Khazanah tahun 2023. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa Yayasan Khazanah 2023 boleh dibuat secara online mulai bulan Mac 2023 melalui Laman Web Yayasan Khazanah. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa Yayasan Khazanah 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan Biasiswa Yayasan Khazanah 2019 Online

Sedia maklum, Biasiswa Global Khazanah ditawarkan kepada mereka yang merancang untuk mengikuti pengajian peringkat sarjana atau pascasiswazah, atau sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana muda atau pengajian pascasiswazah pertama di universiti terkemuka terpilih di United Kingdom, Amerika Syarikat atau Australia.

Permohonan Biasiswa Yayasan Khazanah 2023 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan cara permohonan Biasiswa Yayasan Khazanah beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan Keputusan:

Cara Permohonan Biasiswa Yayasan Khazanah 2023 Online

1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui pautan di https://applicationportal.yayasankhazanah.com.my

Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Khazanah 2023

Antara syarat kelayakan Permohonan Biasiswa Yayasan Khazanah adalah seperti berikut:

A. Tahap Pengajian Asasi/Foundation

1. Mendapat sekurang-kurangnya 8A (kombinasi A + dan A) dalam peperiksaan SPM terkini atau sekurang-kurangnya 8A dalam IGCSE terkini.
2. Mendapat A atau A + dalam subjek teras berikut: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik.
3. Tidak melebihi 18 tahun pada tarikh pendaftaran bagi program pengajian asasi
4. Menerima tawaran kemasukan untuk melanjutkan pengajian atau kini dalam semester pertama.
5. Berikut adalah senarai universiti terpilih di Malaysia untuk pengajian asasi :
○ Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya
○ Pusat PERMATA Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia
○ International Islamic University Malaysia
○ Universiti Putra Malaysia
○ Multimedia University
○ Universiti Tenaga Nasional
○ International Medical University, KL
○ University of Reading, Malaysia
○ University of Southampton (Malaysia Campus)
○ Newcastle University Medicine Malaysia

B. Tahap Pengajian Ijazah Sarjana Muda

1. Menerima tawaran kemasukan untuk melanjutkan pengajian (tawaran bersyarat boleh dipertimbangkan) atau kini dalam tahun pertama program Sarjana Muda di mana-mana universiti yang diluluskan oleh Yayasan Khazanah.
2. Mendapat sekurang-kurangnya 3A untuk STPM;
○ atau "Jayyid Jidan" untuk STAM;
○ atau 3A untuk Program A-Level GCE;
○ atau PNGK 3.50 / 4.00 untuk Program Pra-universiti atau Diploma atau asasi/ foundation atau Matrikulasi; atau 35 mata untuk Program Diploma Antarabangsa Baccalaureate (IB)
○ Sekurang-kurangnya CGPA 3.50 / 4.00 dalam peperiksaan semester bagi mereka yang sedang melanjutkan pengajian di tahun pertama Program Ijazah Sarjana Muda di mana-mana senarai universiti yang diluluskan.
3. Umur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh pendaftaran untuk Program Ijazah Sarjana Muda.

C. Tahap Pengajian Ijazah Sarjana (Master)

1. Menerima tawaran kemasukan untuk mengikuti pengajian di universiti terkenal di Malaysia (tawaran bersyarat boleh dipertimbangkan).
2. Mendapat sekurang-kurangnya Kelas Kedua atas (UK dan Australia University) atau di mana terdapat sistem mata, memperoleh PNGK minimum 3.50 untuk Ijazah Sarjana Muda.
3. Umur tidak melebihi 40 tahun pada tarikh pendaftaran untuk ijazah Sarjana

D. Tahap Pengajian PhD

1. Menerima tawaran kemasukan untuk mengikuti pengajian atau kini dalam tahun pertama program Ijazah Kedoktoran di universiti terpilih di Malaysia. (Tawaran bersyarat boleh dipertimbangkan).
2. Memperoleh Ijazah Sarjana dengan perbezaan atau sekurang-kurangnya PNGK 3.50 / 4.00 atau 'gred purata' dan / atau laporan pemeriksa yang cemerlang jika Ijazah Sarjana adalah melalui penyelidikan.
3. Mendapat sekurang-kurangnya Kelas Kedua atas (UK dan Australia University) atau di mana terdapat sistem mata, memperoleh PNGK minimum 3.50 untuk Ijazah Sarjana Muda.
4. Umur tidak melebihi 40 tahun pada tarikh pendaftaran untuk program Doktor

Semakan Keputusan Biasiswa Yayasan Khazanah 2023

*Akan dikemaskini

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Yayasan Khazanah, sila hubungi di:

Yayasan Khazanah
Level 27, Mercu UEM
Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel : +603 - 2272 6300

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Yayasan Khazanah tahun 2023 secara online!

No comments

Powered by Blogger.