Senarai ILKA Institusi Latihan Kemahiran Awam di Malaysia

Senarai ILKA Institusi Latihan Kemahiran Awam di Malaysia|ADAKAH anda berminat melanjutkan pengajian di ILKA melalui permohonan UPU Online 2018? Panduan buat calon yang berminat menyambung pengajian ke ILKA. Untuk makluman anda, terdapat empat (4) institusi kemahiran yang termasuk dalam ILKA iaitu Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS), Institusi Latihan Jabatan Tenaga Malaysia (ILJTM), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP).

Senarai ILKA Institusi Latihan Kemahiran Awam di Malaysia

Sedia maklum, permohonan kemasukan ke ILKA dibuat DUA (2) kali setahun iaitu pada sesi Januari dan Jun/Julai.

Senarai ILKA Institusi Latihan Kemahiran Awam di Malaysia

Berikut dikongsikan senarai ILKA Institusi Latihan Kemahiran Awam yang terdapat di Malaysia:

1. Institusi Latihan Kemahiran Belia dan
    Sukan (ILKBS)

Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia melalui Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) menawarkan latihan amali serta praktikal bagi menyediakan golongan belia dengan kemahiran yang diperlukan.

ILKBS dibahagikan kepada IKBN, IKTBN dan AKBG:

Senarai ILKBS
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara 
     (IKTBN)
◾Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG)

2. Institusi Latihan Jabatan Tenaga
    Malaysia (ILJTM)

ILJTM diwujudkan untuk melahirkan tenaga mahir negara dari peringkat sijil latihan hingga Diploma Lanjutan dalam pelbagai bidang kursus kemahiran.

ILJTM dibahagikan kepada ADTEC, JMTI dan ILP:

Senarai ILJTM
◾Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
◾Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
◾Institut Latihan Perindustrian (ILP)

3. Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Objektif utama institusi kemahiran di bawah MARA adalah membangun dan melaksanakan Program Pendidikan Teknikal dan Vokasional yang berkualiti serta diiktiraf  ke arah menyediakan golongan berpendapatan tinggi.

MARA dibahagikan kepada KKTM, IKM dan MJII:

Senarai MARA
◾Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
◾Institut Kemahiran MARA (IKM)
◾MARA Japan Industrial Institute (MJII)

4. Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian
    (BLKP)

Semoga perkongsian Senarai ILKA Institusi Latihan Kemahiran Awam di Malaysia ini boleh dijadikan panduan buat pelajar yang ingin menyambung pengajian ke ILKA!

No comments

Powered by Blogger.