Cara Pendaftaran UPUTag 2021 Online

Cara Pendaftaran UPUTag 2021 Online|ADAKAH anda berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA)? Bagaimana cara ketahui kelayakan anda memasuki Universiti Awam mengikut program pengajian? Panduan buat anda yang masih tercari-cari kelayakan kemasukan ke Universiti Awam. Untuk makluman anda, kini terdapati satu aplikasi yang dikenali UPUTag dan boleh diakses secara online melalui laman sesawang di http://www.uputag.com/

Cara Pendaftaran UPUTag 2018 Online

Aplikasi UPUTag merupakan Sistem Profail Penilaian Sendiri dalam talian yang direka khas untuk membantu pelajar menentukan kursus pembelajaran yang betul berdasarkan kepentingan kerjaya mereka, kebolehan, persekitaran kerja, dan keperibadian. UPUTag bertujuan untuk membantu pelajar mencari dan memilih program pembelajaran yang sesuai dengan ciri keperibadian mereka, minat kerjaya dan pencapaian akademik.

Cara Pendaftaran UPUTag 2021 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara pendaftaran aplikasi UPUTag secara online:

1. Pemohon boleh membuat pendaftaran UPUTag secara online melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://www.uputag.com/register?u=1

2. Isikan maklumat borang yang diperlukan seperti Nama Penuh, No. MyKad, No. Telefon, Jantina, Tahap Akademik, Emel, Nama Pengguna dan Kata Laluan.

Selamat membuat pendaftaran aplikasi UPUTag tahun 2021 secara online! Semoga aplikasi UPUTag ini dapat membantu anda mencari dan memilih program pembelajaran yang sesuai!

No comments

Powered by Blogger.