Permohonan Pinjaman PTPTN 2022 Online

Permohonan Pinjaman PTPTN 2022 Online|ADAKAH anda ditawarkan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) tahun 2022? Adakah anda memerlukan pinjaman pengajian? Bagaimana cara membuat permohonan pinjaman PTPTN secara online? Kebanyakkan pelajar akan mengambil keputusan untuk memohon pinjaman pendidikan PTPTN sebagai bantuan kewangan pengajian.

Permohonan Pinjaman PTPTN 2018 Online

Skim Pinjaman Pendidikan Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) adalah sebuah perbadanan yang menguruskan dana dan pemberian pinjaman kepada pelajar. Dengan wujudnya skim pinjaman ini, memberi keringanan bebanan ditanggung oleh pelajar untuk pengajian. Bagi anda yang ingin melanjutkan pengajian ke UA, sila rujuk Permohonan UPU Online 2018/2019.

Permohonan Pinjaman PTPTN 2022 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan pinjaman PTPTN tahun 2022 secara online:

1. Pemohon telah menerima surat tawaran
    kemasukan ke IPT.

2. Anda perlu membuka akaun SSPN-i
    dimana-mana cawangan AgroBank,
    Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat atau
    cawangan PTPTN bagi mendapatkan No.
    Akaun SSPN-i.

3. Sebelum itu, anda perlu membeli No. 
    PTPTN yang berharga RM 5.00 dimana
    cawangan Bank Simpanan Nasional
    (BSN). No. PTPTN hanya sah dalam
    tempoh 6 bulan dari tarikh pembelian.

4. Anda boleh membuat pendaftaran
    permohonan PTPTN secara online
    menerusi Portal Rasmi PTPTN.

5. Masukkan No. Kad Pengenalan, tarikh, 
    masa dan No. PTPTN. Kemudian, klik
    pada butang 'Daftar'.

Syarat Permohonan Pinjaman Pendidikan PTPTN 2022

Antara syarat Permohonan Pinjaman Pendidikan PTPTN adalah seperti berikut:

◾Warganegara Malaysia;
◾Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
◾Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
◾Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;*
◾Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;
◾Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;
◾Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
◾Tiada penaja lain; dan
◾Telah membuka akaun SSPN-i**

* Hanya kursus yang diluluskan tajaan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin mendapatkan tajaan pembiayaan PTPTN.

** Hanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk
menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit.

Artikel berkaitan:
👉 Semakan Baki Pinjaman PTPTN Online dan SMS

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi PTPTN HOTLINE di talian 03 - 2080 4455.

Semoga perkongsian Permohonan Pinjaman PTPTN secara online ini dijadikan rujukan buat peminjam PTPTN!

No comments

Powered by Blogger.