Kadar Dividen AHB 2023 (Tarikh Bayaran)

Kadar Dividen AHB 2023 (Tarikh Bayaran)|APA itu Amanah Hartanah Bumiputera? Berapakah kadar dividen AHB terkini bagi tahun 2023 yang bakal diumumkan? Perhatian buat anda pemegang akaun AHB yang ingin ketahui kadar dan tarikh bayaran dividen Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) tahun 2023. Berikut dikongsikan Kadar & Tarikh Bayaran Dividen AHB 2023 buat panduan anda.  

Kadar Dividen AHB 2023 (Tarikh Bayaran)


Sedia maklum, Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) dan Maybank Asset Management Sdn Bhd (MAM) mengumumkan pengagihan pendapatan akhir dana Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) sebanyak 2.5 sen seunit bagi tempoh enam bulan berakhir 30 September 2023. Penagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran berjumlah RM112 juta kepada kira-kira 73,000 pemegang unitnya dimana daripada pendapatan asas sebanyak 2.25 sen seunit dan pengagihan bonus sebanyak 0.25 sen seunit yang dibiayai oleh PHB, penaja dana AHB, untuk diagihkan kepada 500,000 unit pertama untuk setiap pemegang unit. Pengagihan pendapatan tersebut akan dikreditkan terus ke akaun bank atau akaun unit amanah AHB pada 13 Oktober 2023.


Kadar Dividen AHB 2023 (Tarikh Bayaran)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan kadar dividen AHB 2023 termasuk tarikh bayaran dividen Amanah Hartanah Bumiputera:

Apa itu Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)?

- AHB adalah dana unit amanah berpendapatan tetap yang menyandarkan asetnya kepada aset hartanah.

- Dana ini juga merupakan dana unit amanah yang patuh Syariah dimana ia tersedia untuk dilanggan oleh pelabur Bumiputera di semua cawangan Maybank dan Ambank di seluruh Malaysia.

- Penaja utama bagi dana ini adalah Permodalan Hartanah Berhad (PHB), dan diuruskan Maybank Asset Management SDN. BHD serta Amanah Raya Trustees Berhad pula sebagai pemegang amanah.

- Modal yang diberi dan dikumpulkan melalui AHB ini akan digunakan untuk pelaburan dalam hartanah seperti membeli dan membangunkan bangunan komersial di seluruh Malaysia terutamanya di kawasan utama atau premium. Dana AHB kini disokong oleh 23 hartanah komersial dan menikmati pendapatan sewaan yang stabil. 

- Unit dana AHB sekarang adalah 4 billion unit.

Kadar & Tarikh Bayaran Dividen AHB Tahun 2023

Berikut dikongsikan Tarikh Bayaran dan Jumlah Dividen AHB tahun 2023 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa:

◾Tarikh Bayaran: ?
◾Jumlah Kadar Dividen 2023 (sen/seunit): ?
◾Jumlah Dividen AHB 2023: ?


Senarai Kadar Dividen AHB Sepanjang Zaman

◾Tahun 2022: 2.50% (interim) + 2.50% (5.00%)
◾Tahun 2021: 2.35% (interim)
◾Tahun 2020: 2.60% (interim) + 2.40% (5.00%)
◾Tahun 2019: 3.00% (interim) + 2.60% (5.60%)
◾Tahun 2018: 3.10% (interim) + 3.10% (6.20%)

Kelebihan Melabur Dalam AHB

Antara Kelebihan Melabur Dalam AHB adalah seperti berikut:

1. Pelaburan disokong oleh harta komersil di lokasi utama di Malaysia
2. AHB adalah skim pelaburan yang telah disahkan sebagai patuh Syariah
3. Dana ini diurus oleh pengurus dana yang profesional dan berpengalaman
4. Hak dan kepentingan anda dipantau dengan teliti oleh Pemegang Amanah Dana

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan AHB, sila layari Portal Rasmi AHB di https://www.phb.com.my/AHB

Semoga perkongsian Kadar dan Tarikh Bayaran Dividen AHB ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.