Permohonan IKB MAIWP 2024 Online (Institut Kemahiran Baitulmal)

Permohonan IKB MAIWP 2024 Online (Institut Kemahiran Baitulmal)|BILAKAH tarikh permohonan kemasukan IKB MAIWP tahun 2024 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berminat dan berkelayakan untuk mengikuti latihan kemahiran di Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) MAIWP ambilan tahun 2024. Menerusi FB Baitulmal MAIWP, permohonan IKB MAIWP 2024 boleh dibuat secara online sehingga tarikh tutup 22 Oktober 2023. Berikut dikongsikan Permohonan IKB MAIWP 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan IKB MAIWP 2024 Online (Institut Kemahiran Baitulmal)

Sedia maklum, permohonan IKB MAIWP terbuka kepada semua warga Malaysia yang berpendapatan rendah dan khususnya yang bermastautin di Wilayah Persekutuan. Institut ini ditubuhkan pada tahun 1991 sebagai salah satu usaha MAIWP untuk membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan dengan cara memberi  mereka peluang menjalani latihan kemahiran di sebuah Institut Kemahiran yang tersusun supaya mereka boleh berdikari setelah tamat mengikuti kursus ini nanti. Idea awal penubuhan institut ini telah dicetuskan oleh Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor, Pengerusi MAIWP pada ketika itu.

Permohonan IKB MAIWP 2024 Online (Institut Kemahiran Baitulmal)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan IKB MAIWP beserta semakan keputusan dan syarat kemasukan:

Cara Permohonan Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP 2024 Online

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi MAIWP secara online menerusi pautan di https://apps.maiwp.gov.my/sppikb.

2. Kemudian, masukkan No. Kad Pengenalan diruangan yang disediakan dan klik pada butang "Ok".

3. Isikan maklumat borang permohonan yang ditetapkan dengan lengkap dan betul.

4. Setelah selesai isi semua maklumat borang permohonan, hantar permohonan tersebut.

Syarat Kemasukan IKB MAIWP 2024

Antara syarat kemasukan IKB MAIWP adalah seperti berikut:

1. Mestilah warganegara dan mempunyai tubuh badan yang sihat.
2. Minimum tamat darjah enam dan menguasai 3M (kecuali program diploma dan sijil Kejuruteraan Elektrik).
3. Memiliki SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan (bagi permohonan program diploma).
4. Lulus SPM dengan 3 kepujian termasuk Matematik (bagi permohonan program Sijil Kejuruteraan Elektrik).

Senarai Kursus Yang Ditawarkan

Antara senarai kursus yang ditawarkan di IKB MAIWP adalah seperti berikut:

A. Diploma

◾Teknologi Reka Bentuk Fesyen

B. Sijil

◾Rekaan Fesyen & Pembuatan Pakaian Lelaki
◾Rekaan Fesyen & Pembuatan Pakaian Wanita
◾Kejuruteraan Elektrik
◾Perkhidmatan & Penyajian Makanan
◾Teknologi Binaan Bangunan
◾Seni Reka Grafik Komputer

Semakan Keputusan IKB MAIWP 2024 Online

Berikut dikongsikan Semakan Keputusan IKB MAIWP tahun 2024:

*Akan dikemaskini

Permohonan IKB MAIWP 2024 Online (Institut Kemahiran Baitulmal)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan IKB MAIWP, sila Laman Web Rasmi di https://www.ikb-maiwp.edu.my

Selamat membuat Permohonan IKB MAIWP tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan IKB MAIWP!

No comments

Powered by Blogger.