Semakan MyCRS 2023 Online (Cara Tebus & Syarat Kelayakan)

Semakan MyCRS 2023 Online (Cara Tebus & Syarat Kelayakan)|APA itu Subsidi MyCRS? Bagaimana cara tebus subsidi Carseat Kanak-kanak 2023? Perhatian buat anda yang ingin ketahui cara semakan kelayakan dan tebus subsidi MyCRS tahun 2023. Untuk makluman anda, kerajaan telah memperuntukkan subsidi pembelian carseat bagi tahun 2023. Berikut dikongsikan Semakan Kelayakan dan Cara Tebus MyCRS 2023 Online buat rujukan anda.

Semakan MyCRS 2023 Online (Cara Tebus & Syarat Kelayakan)

Sedia maklum, Insentif MyCRS ini merupakan keprihatinan Kerajaan terhadap keselamatan jalan raya kepada kanak-kanak. Berdasarkan statistik tahun 2019, sebanyak 19% golongan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya adalah golongan kanak-kanak. Subsidi ini diberikan khusus kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban mereka membeli carseat dan pada masa yang sama dapat menjamin keselamatan golongan kanak-kanak yang merupakan aset masa depan negara.


Semakan MyCRS 2023 Online (Cara Tebus & Syarat Kelayakan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Kelayakan Subsidi MyCRS termasuk syarat kelayakan penerima dan cara tebus subsidi carseat 2023:


Syarat Kelayakan Penerima MyCRS 2023

1. Penerima insentif adalah daripada kategori pendapatan isi rumah B40 dan M40

2. Mempunyai anak yang berusia kurang daripada 12 tahun termasuk ibu yang sedang mengandung

3. Mestilah warganegara yang menetap di Malaysia

4. Peruntukan yang dibenarkan adalah satu (1) CRS untuk satu (1) isi rumah


Semakan Kelayakan MyCRS 2023 Online

Berikut dikongsikan Semakan Kelayakan MyCRS tahun 2023:

1. Semakan kelayakan subsidi MyCRS 2023 boleh dilakukan mulai 19 Jun 2023 secara online melalui Portal Rasmi MyCRS di https://www.mycrs.gov.my.

Semakan MyCRS 2023 Online (Cara Tebus & Syarat Kelayakan)


Cara Tebus MyCRS 2023 Online

Berikut dikongsikan Cara Penebusan MyCRS tahun 2023:

1. Bagi individu yang belum pernah memohon boleh membuat permohonan baharu di laman sesawang di www.mycrs.gov.my mulai 1 Julai 2023 sehingga 15 September 2023.

2. Manakala pemohon yang layak boleh membuat pembelian dan menebus subsidi melalui penjual yang disenaraikan dengan harga rebat. Anda boleh buat semakan senarai penjual di pautan http://www.mycrs.gov.my/orangawam/retailerlistp.

3. Pembelian boleh dibuat secara terus melalui kedai yang tersenarai. Untuk membuat penebusan, sila sertakan bersama dokumen penting seperti berikut:-

- Salinan MyKad pemohon; DAN

- MyKid/Sijil Lahir untuk anak yang berusia kurang daripada 12 tahun; ATAU

- Buku Rekod Kesihatan Ibu Mengandung @ Buku Pink (untuk anak yang masih dalam kandungan)

4. Pembelian boleh dibuat sehingga 30 September 2023 atau sehingga RM 12 juta habis dituntut.


Jumlah Subsidi MyCRS 2023

- Melalui program ini, jumlah insentif yang diberikan di bawah program ini adalah maksimum sehingga RM150.

- CRS yang berharga RM150 dan ke bawah boleh dibeli secara percuma, manakala bagi CRS yang berharga RM150 keatas, bayaran tambahan perlu dibuat oleh penerima insentif.

Semakan MyCRS 2023 Online (Cara Tebus & Syarat Kelayakan)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan MyCRS 2023, sila rujuk Soalan Lazim serta garis panduan bagi pemilihan carseat.

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)

Lot 125-135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,

43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan

Emel: mycrs@miros.gov.my

Semoga perkongsian Semakan Kelayakan dan Cara Tebus MyCRS ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.