Permohonan Program Asasi TVET 2023/2024 Online (Syarat Kemasukan)

Permohonan Program Asasi TVET 2023/2024 Online (Syarat Kemasukan)|BILAKAH tarikh permohonan Program Asasi TVET 2023 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Program Asasi TVET ambilan tahun 2023/2024. Untuk makluman anda, permohonan Program Asasi TVET 2023/2024 boleh dibuat secara online mulai 15 Mei 2023 sehingga 9 Jun 2023. Berikut dikongsikan Permohonan Program Asasi TVET 2023/2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Program Asasi TVET 2023/2024 Online (Syarat Kemasukan)

Sedia maklum, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menawarkan program baharu di Politeknik kepada pelajar lepasan SPM/Setaraf iaitu Program Asasi TVET Ambilan Sesi 1 2023/2024. Program Asasi TVET ini diwujudkan bertujuan untuk memperluas akses pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda khususnya dalam Ijazah Teknologi Kejuruteraan. Sebagai permulaan, 5 buah politeknik akan menjadi perintis bagi pengambilan pertama pada Sesi I 2023/2024 dengan 500 orang pelajar sebagai kumpulan pertama.


Permohonan Program Asasi TVET 2023/2024 Online (Syarat Kemasukan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Program Asasi TVET termasuk tempoh pengajian dan syarat kemasukan:


Cara Permohonan Program Asasi TVET 2023/2024 Online

1. Layari laman web permohonan secara online di https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login.

2. Kemudian, klik bahagian ‘Daftar Akaun’ untuk mengisi semua maklumat pemohon.

3. Klik butang ‘Daftar’ untuk memastikan proses pendaftaran selesai.

4. Seterusnya, log masuk dengan memasukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang disahkan.

5. Lengkapkan maklumat permohonan. Klik butang ‘Sah & Hantar’ untuk menghantar permohonan.

6. Cetak slip permohonan sebagai bukti dan rujukan anda nanti.


Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian bagi program ini adalah setahun atau 2 semester pengajian dengan setiap semester adalah selama 6 bulan.


Pembangunan Kurikulum

- Pembangunan kurikulum program ini diwujudkan dengan memberi penekanan kepada elemen amali dan praktikal.

- Manakala fokus bidang Asasi TVET yang ditawarkan adalah mengikut keperluan industri semasa.


Syarat Kemasukan Program Asasi TVET 2023/2024

Antara syarat kemasukan Program Asasi TVET 2023/2024 adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia

2. Memiliki SPM atau setaraf

3. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan keatas)

4. Mendapat lima kepujian dalam mata pelajaran berikut:

– Bahasa Melayu

– Bahasa Inggeris

– Matematik

– Matematik Tambahan/ Fizik/ Kimia/ Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektroknik/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

– 1 mata pelajaran lain yang belum diambil kira kepujiaannya

5. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

Permohonan Program Asasi TVET 2023/2024 Online (Syarat Kemasukan)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Program Asasi TVET, sila layari laman web di http://ambilan.mypolycc.edu.my/ atau hubungi di talian 03 - 88883837

Semoga perkongsian Permohonan Program Asasi TVET 2023/2024 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

1 comment:

  1. Satu program yg sgt bagus ikut peredaran keperluan tenaga kerja semasa.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.