Senarai Medical Card Terbaik Malaysia 2024 (Murah)

Senarai Medical Card Terbaik Malaysia 2024 (Murah)|ANDA ingin mohon Medical Card dan apa manfaatnya? Apakah Medical Card terbaik dan murah di Malaysia tahun 2024? Apakah tips memilih Kad Perubatan atau Medical Card yang terbaik di Malaysia? Perhatian buat anda rakyat Malaysia yang ingin ketahui senarai Medical Card terbaik di Malaysia tahun 2024. Berikut dikongsikan Senarai Medical Card Terbaik Malaysia 2024 buat rujukan anda.

Senarai Medical Card Terbaik Malaysia 2023 (Murah)

Sedia maklum, Kad perubatan adalah kad yang memberi kemudahan kepada anda untuk mendapatkan rawatan terbaik di hospital SWASTA secara TANPA TUNAI dengan syarat anda membayar premium untuk kad perubatan tersebut. Pelan perlindungan medical card terbaik menawarkan manfaat yang diperlukan kepada anda pada harga yang berbaloi dan mampu milik. Selain menawarkan perlindungan yang komprehensif, pelan medical card terbaik memainkan peranan dalam melindungi anda dan ahli keluarga daripada pelbagai risiko selain menjamin keselesaan dan kesenangan masa depan.


Senarai Medical Card Terbaik Malaysia 2024 (Murah)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Senarai Medical Card Terbaik dan Murah Malaysia 2024 termasuk kelebihan dan tips pilih Kad Perubatan:


Senarai Medical Card Terbaik Di Malaysia 2024

Berikut dikongsikan Senarai Best Medical Card Di Malaysia 2024 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa:

1. Manulife ManuHealth Elite

- Pelan Manulife Manuhealth Elite ini merangkumi perbelanjaan perubatan seperti sebelum dan selepas masuk wad. Ia juga melibatkan kos pembedahan dan perkhidmatan bilik ICU.

- Perkara penting dalam insurans ini iaitu, bayaran balik kos bilik dan perbelanjaan perubatan lain seperti mana yang dicaj. Ada had tahunan tinggi hingga RM2.2 juta. Insurans ini tiada had untuk mana-mana hospital serta ada faedah pembedahan sepanjang hayat. Pilihan boleh tolak fleksibel hingga RM5000.

- Kad Perubatan Manulife ManuHealth Elite akan melindungi anda di seluruh dunia untuk bantuan perubatan kecemasan dan kemasukan ke hospital. Diingatkan bahawa apabila anda berada di luar Malaysia, Singapura dan Brunei, perlindungan insurans perubatan anda tidak akan terpakai jika anda tinggal di luar negara selama lebih daripada 90 hari berturut-turut.

◾Cek & Mohon Kad: MANULIFE MANUHEALTH ELITE


2. AIA A-Plus Med Booster-i

- AIA A-Plus Med merupakan pelan terbaik untuk anda apabila memerlukan perlindungan komprehensif sepanjang masa untuk kesihatan. Perlindungan boleh diberikan sehingga pemegang polisi berumur 100 tahun. Perlindungan yang diberikan berupa kos wad serta kos pembedahan.

- Antara ciri pelan insurans kesihatan ini ialah had tahunan akan meningkat berterusan hingga 20 tahun sebanyak 5% setiap 2 tahun. Ada had tahunan tinggi hingga RM1.5 juta. Terdapat sifar insurans bersama dan pilihan untuk perlindungan pasangan dan anak pada pelan yang sama.

◾Cek & Mohon Kad: AIA A-PLUS MED BOOSTER-i


3. Allianz HealthInsured

- Allianz HealthInsured merupakan kad perubatan komprehensif oleh Allianz Life Insurance Malaysia Berhad yang boleh anda percayai untuk memberikan perlindungan yang anda perlukan.

- Salah satu faedah yang disertakan HealthInsured ialah anda TIADA had seumur hidup. Anda juga akan mempunyai akses kepada had tahunan keseluruhan yang tinggi sehingga RM5 juta dengan polisi ini.

- Polisi ini melindungi perbelanjaan yang layak ditanggung untuk kemasukan ke hospital, pembedahan dan rawatan pesakit luar. Anda akan dibenarkan membuat tuntutan untuk bil perubatan sebelum dan selepas kemasukan ke hospital. Polisi ini juga disertakan dengan manfaat penjagaan pesakit luar terpilih yang termasuk dialisis buah pinggang jika anda menghidap denggi atau demam kepialu.

◾Cek & Mohon Kad: ALLIANZ HEALTHINSURED


4. AXA Affin SmartCare Optimum Plus

- AXA Affin SmartCare Optimum Plus memberikan pelan perlindungan kesihatan sehingga berumur 100 tahun. Ciri pelan insurans ini ialah perlindungan tahunan hingga RM2.1 juta. Perlindungan yang diberikan berupa kos wad serta kos pembedahan. Ia juga memberi manfaat Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar dan Rawatan Kanser sehingga had tahunan.

- Selain itu, anda boleh menggunakan AXA Affin SmartCare Optimum Plus untuk mendapatkan rawatan perubatan di Malaysia, Singapura dan Brunei. Walau bagaimanapun, jika anda menetap atau melancong di luar tiga negara selama lebih daripada 90 hari berturut-turut, anda tidak akan menerima faedah tersebut.

◾Cek & Mohon Kad: AXA AFFIN SMARTCARE OPTIMUM PLUS


5. Etiqa Elite Takaful Medical Plus

- Etiqa Elite Takaful Medical Plus ini merupakan pelan insurans yang memberi perlindungan tahunan sehingga RM1.5 juta. Perlindungan yang diberikan berupa kos wad serta kos pembedahan.

- Selain itu, pelan ini juga bakal menjadi pilihan perlindungan boleh dipotong dimana sebahagian daripada bil yang anda bayar sekarang ialah simpanan perubatan anda apabila anda bersara kelak.

- Mana-mana individu atau pasangan berumur 18-65 tahun boleh memohon Etiqa Elite Takaful Medical Plus. Jika anda mempunyai anak atau sedang mengandung, mengapa tidak melindungi si kecil juga? Kad perubatan Etiqa Takaful ini terbuka kepada kanak-kanak seawal usia 14 hari.

◾Cek & Mohon Kad: ETIQA ELITE TAKAFUL MEDICAL PLUS


Tips Pilih Medical Card Terbaik di Malaysia

Berikut dikongsikan Tips Pilih Medical Card Terbaik dan Murah di Malaysia:

1. Tiada Had Tahunan, Had Tahunan Yang Mencukupi

Jangan sesekali ambil pelan insurans medical card dengan had tahunan yang terlalu rendah. Ini disebabkan kos perubatan di Malaysia dijangka akan terus meningkat dari tahun ke tahun secara ketara. Ia sekaligus akan menyebabkan bil perubatan akan menjadi lebih mahal!

2. Pilih Medical Card Terbaik Mengikut Keperluan

- Setiap individu tertakluk pada jumlah dan jenis perlindungan yang berbeza bergantung pada penilaian risiko masing-masing. Bagi mendapatkan produk perlindungan insurans atau medical card terbaik, anda disarankan untuk berbincang dengan ejen anda bagi memastikan anda mendapat perlindungan yang sewajarnya sesuai dengan keperluan anda.

3. Tiada Had Seumur Hidup

- Had seumur hidup merujuk pada jumlah keseluruhan manfaat yang layak dituntut oleh anda. Secara asasnya, pelan perlindungan insurans akan tamat secara automatik setelah mencapai had seumur hidup yang ditetapkan.

- Contohnya, had tahunan medical card anda ialah RM100,000, manakala had seumur hidup anda ialah RM500,000. Ini kerana anda hanya boleh gunakan sebanyak RM100,000 setiap tahun untuk tempoh lima tahun. Selepas mencapai had seumur hidup tersebut, insurans perubatan akan tamat secara automatik.

4. Senarai Hospital Panel Yang Menyeluruh

- Antara salah satu perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum pilih medical card yang terbaik ialah senarai hospital panel di bawah pelan medikal kad untuk anda mendapatkan rawatan.

- Insurans perubatan yang anda daftar mempunyai senarai hospital panel. Anda perlu mendapatkan rawatan di hospital panel yang tersenarai bagi menikmati kemudahan jaminan insurans atau takaful tersebut. Pastikan ambil kira lokasi kediaman anda dan semak kemudahan hospital panel berhampiran anda dengan syarikat insurans sebelum mendaftar insurans perubatan.

5. Fahami Ciri Pelan Perlindungan Anda Pilih

- Anda disarankan untuk baca dan fahami skop perlindungan, terma dan syarat terlebih dahulu sepertimana yang dinyatakan dalam polisi insurans anda. Jangan hanya lakukan pembayaran setiap bulan, tetapi tidak tahu dan keliru dengan perlindungan yang dinyatakan dalam polisi!

- Kelebihan medical card hanya akan dinikmati sekiranya ada kemasukan ke hospital. Ia bermaksud hanya boleh digunakan untuk membayar kos rawatan di hospital dan anda tidak akan menerima manfaat sekiranya berlaku kematian atau kecacatan.


Soalan Lazim Berkaitan Medical Card

1. Apa yang saya dapat dari pelan Medical Card?

Memilih pelan kesihatan insurans boleh menjadi tugas yang membingungkan dengan pelbagai jenis rancangan perlindungan kesihatan di pasaran. Semua rancangan perubatan mempunyai satu kesamaan iaitu untuk memberikan bantuan kewangan untuk kemasukan ke wad hospital, pembedahan atau rawatan perubatan.

2. Adakah pelan perubatan Medical Card saya boleh cover semua penyakit dan kemalangan?

Jawapan mudah adalah YA. Pelan perubatan anda juga merangkumi kos rawatan penyakit jenis kritikal

3. Apakah perbezaan antara Plan Medical Card Family Dengan Limit Perlindungan & Plan Medical Card Family Tanpa Limit Perlindungan?

Plan Medical Card Family Dengan Limit Perlindungan memberikan pakej perlindungan pada setiap ahli keluarga yang mempunyai limit sepanjang hayat. Sebagai contoh, jika seseorang pemegang plan medical card dengan limit RM200,000 telah habis menggunakan limit tersebut, perlindungan untuk beliau tiada lagi. Berbeza dengan Plan Medical Card Family Tanpa Limit Perlindungan memberikan perlindungan tanpa had dimana anda tidak perlu risau kehabisan limit.

4. Bagaimana saya boleh bayar premium medical card family ini?

Anda boleh bayar premium ini melalui Maybank2u, Maybank autodebit, BSN autodebit, kad kredit atau tunai.S


Artikel Berkaitan:

👉 Senarai Kad Kredit Terbaik

Semoga perkongsian Senarai Medical Card Terbaik Malaysia Tahun 2024 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.