Permohonan TUDM 2024 Online (Semakan Status)

Permohonan TUDM 2024 Online (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan kemasukan Tentera Udara 2024 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berkelayakan membuat permohonan pengambilan Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Siri 67/23 (Lelaki) tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan Perajurit Muda TUDM 2024 boleh dibuat secara online mulai 13 Mac 2023 hingga 30 April 2023 menerusi Portal Rasmi ePengambilan TUDM. Berikut dikongsikan Permohonan TUDM Tentera Udara 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan TUDM 2023 Online (Semakan Status)


Permohonan TUDM 2024 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan ePengambilan Perajurit Muda TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia) termasuk syarat kelayakan permohonan, semakan status dan cara login:


Cara Pengambilan Tentera Udara 2024 Online

1. Daftar sebagai pemohon (bagi yang belum mempunyai akaun pemohon) menerusi pautan di https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/pages/daftar.

2. Kemudian, log masuk ke bahagian pemohon.

3. Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma dan maklumat sukan.

4. Pastikan isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.

Permohonan TUDM 2023 Online (Semakan Status)


Syarat Kelayakan Permohonan Perajurit Muda TUDM 2024

Berikut dikongsikan Syarat Kelayakan Permohonan TUDM tahun 2024:

A. SYARAT ASAS PERMOHONAN

1. Warganegara Malaysia.

2. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 1 Nov 2023.

3. TIDAK BERKAHWIN bagi calon wanita.

4. Penglihatan:

- Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap

- Tidak rabun warna. 

5. Pendengaran: Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pengdengaran

6. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.

7. Taraf kesihatan - sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

B. SYARAT FIZIKAL

Tinggi:

- Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.65 m

- Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m

Berat:

- Berat Badan Minima Lelaki 49 kg

- Berat Badan Minima Wanita 45.0 kg

Indeks Jisim Badan (BMI):

- Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 25

C. KELAYAKAN AKADEMIK

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]

SVM - Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]

SKM TAHAP 2 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]

SKM TAHAP 3 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]

DIPLOMA KEJURUTERAAN - Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]


Semakan Status Pengambilan TUDM 2024 Online

Berikut dikongsikan Semakan Status Pengambilan TUDM tahun 2024:

*Akan dikemaskini

Permohonan TUDM 2023 Online (Semakan Status)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Pengambilan TUDM, sila hubungi di:

Seksyen Kerjaya & Pengambilan TUDM

No. Tel: 013 - 6893814

Hari: Isnin – Jumaat

Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang

Semoga perkongsian Permohonan TUDM tahun 2024 ini dijadikan rujukan buat anda semua! Semoga anda berjaya menjadi sebagai anggota Perajurit Muda TUDM! 

No comments

Powered by Blogger.