Permohonan Rayuan MRSM 2023/2024 Online (Contoh Surat)

Permohonan Rayuan MRSM 2023/2024 Online (Contoh Surat)|BILAKAH tarikh permohonan rayuan MRSM tahun 2023 bakal dibuka? Perhatian buat pemohon yang telah gagal dalam permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sesi 2023. Untuk makluman anda, permohonan rayuan MRSM 2023/2024 boleh dibuat secara atas talian mulai 7 hingga 14 Mac 2023 menerusi Portal Rasmi MRSM. Berikut dikongsikan Permohonan Rayuan MRSM 2023/2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Rayuan MRSM 2023/2024 Online (Contoh Surat)

Sedia maklum, ibu bapa serta murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 yang telah membuat permohonan ke MRSM, keputusan tawaran telah diumumkan pada 7 Mac 2023. Selain semakan online di Portal MARA, calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima notifikasi menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang telah didaftarkan ketika permohonan.


Permohonan Rayuan MRSM 2023/2024 Online (Contoh Surat)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Rayuan MRSM 2023/2024 Tingkatan 1 & Tingkatan 4 termasuk contoh surat rayuan MRSM:

Cara Permohonan Rayuan MRSM 2023/2024 Online (Tingkatan 1 & 4)

1. Anda perlu login masuk dan buat semakan keputusan di pautan Semakan tawaran ke Tingkatan 1 MRSM https://mrsm.mara.gov.my/MARATawaranf1/ dan Semakan tawaran ke Tingkatan 4 MRSM https://mrsm.mara.gov.my/MARATawaranf4/.

Permohonan Rayuan MRSM 2023/2024 Online (Contoh Surat)

2. Sekiranya ada butang rayuan boleh buat rayuan secara online. Jika tiada butang rayuan bermaksud keputusan Ujian UKKM calon tidak melepasi syarat kelayakan minima, calon yang tidak melepasi syarat kelayakan minima UKKM tidak akan ditawarkan tempat kemasukan ke MRSM dan tawaran masih berdasarkan merit walaupun telah dikeluarkan daripada senarai hitam MARA.


Tarikh Semakan Keputusan Rayuan MRSM 2023/2024

1. Keputusan permohonan rayuan MRSM sesi 2023 bagi kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel yang telah didaftarkan oleh pemohon.

Contoh Surat Permohonan Rayuan MRSM 2023

Berikut dikongsikan contoh surat rasmi permohonan rayuan MRSM Tingkatan 1 & Tingkatan 4 tahun 2023:

Amirah Binti Salman
No. 1 Jalan Semerak
80990 Johor Bahru
Johor Darul Takzim

Pengarah
Bahagian Pendidikan Menengah
Ibu Pejabat MARA
Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur

                                                      20 Januari 2023

Tuan/Puan,

Per: Rayuan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 Tahun 2023

Merujuk kepada perkara diatas, saya waris kepada Syarifah Binti Othman ingin membuat permohonan rayuan kemasukan anak saya ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 bagi tahun 2023.

2. Dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2022 yang lalu, bahawa anak saya telah mendapat keputusan yang cemerlang dengan keputusan 5A dalam semua matapelajaran yang diambil. Berikut adalah butiran mengenai anak saya seperti dinyatakan dibawah:

◾Nama Pemohon: __________
◾Nama Sekolah: ______________
◾No. Kad Pengenalan: _____________
◾No. Angka Giliran UPSR: _____________

3. Selain memperoleh keputusan 5A, anak saya juga aktif dalam kegiatan kokurikulum dengan melibatkan badan unit beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS), Persatuan Unit Bimbingan Kaunseling serta sukan bolasepak dan badminton di peringkat Daerah.

4. Diharapkan pihak Tuan/Puan dapat mempertimbangkan permohonan anak saya ini seterusnya memberi peluang menempatkan anak saya di MRSM.

5. Segala pertimbangan dari pihak Tuan/Puan saya dahului dengan jutaan terima kasih.


Sekian, terima kasih,

Yang Benar,

..............................................
(AMIRAH BINTI SALMAN)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Rayuan MRSM, sila hubungi MARA di talian rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA 03-2613 4531 / 32 / 33/ 17 / 16 / 78 / 34483 atau e-mel di pengambilanpelajar@mara.gov.my

Portal Rasmi MARA: www.mara.gov.my
Telefon: 03-2613 2000
Facebook Page: MAJLIS AMANAH RAKYAT

Semoga perkongsian Permohonan Rayuan MRSM 2023 ini dijadikan rujukan buat para pelajar! Semoga anda berjaya mendapat tawaran rayuan MRSM!

No comments

Powered by Blogger.