Semakan Status STR 2023 Online (Tarikh Bayaran & Kemaskini Permohonan)

Semakan Status STR 2023 Online (Tarikh Bayaran & Kemaskini Permohonan)|BILAKAH tarikh pembayaran STR 2023 Fasa 2 bakal dibuat? Perhatian buat anda rakyat Malaysia yang ingin ketahui tarikh bayaran dan semakan status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2023. Untuk makluman anda, semakan status permohonan STR 2023 Fasa 2 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi STR. Berikut dikongsikan Semakan Status STR 2023 Online buat rujukan anda.

Semakan Status STR 2023 Online (Tarikh Bayaran & Kemaskini Permohonan)


Sedia maklum, Perdana Menteri telah mengeluarkan sebuah kenyataan di mana bantuan ini akan dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR). STR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat dimana sebelum ini juga dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM. Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari ketimbangan bulan Mac tahun depan mengambil kira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh.


Semakan Status STR 2023 Online (Tarikh Bayaran & Kemaskini Permohonan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Status Permohonan STR 2023 termasuk tarikh bayaran dan cara kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah:


Cara Semakan Status STR 2023 Online

1. Semakan status pembayaran STR 2023 boleh dibuat secara online menerusi Portal STR di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

2. Masukkan No Kad Pengenalan yang disahkan dan klik pada butang "Semak".


Jumlah Bayaran STR Fasa 2 2023

- Ketua Isi Rumah (KIR) akan menerima RM200, manakala kategori bujang akan menerima bayaran RM100.

Semakan Status STR 2023 Online (Tarikh Bayaran & Kemaskini Permohonan)


Tarikh Pembayaran STR 2023 Fasa 2

Berikut dikongsikan Tarikh Pembayaran STR tahun 2023:

- Bayaran STR 2023 akan disalurkan mulai 5 April 2023 (Hari Rabu) secara berperingkat.

- Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.

- Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 5 April 2023.


Cara Kemaskini Maklumat Pemohon/ Semakan Penerima STR 2023

- Untuk membuat kemaskini dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh rujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.


Lupa Kata Laluan STR / Semakan Password STR

1. Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

2. Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan STR 2023, sila hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747 atau layari Portal Rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Semoga perkongsian Semakan Status STR tahun 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua! Semoga anda berjaya menerima Bantuan STR 2023 ini!

No comments

Powered by Blogger.