Permohonan Transkrip UiTM 2023 Online (Contoh)

Permohonan Transkrip UiTM 2023 Online (Contoh)|ANDA ingin mohon Transkrip UiTM? Bagaimana cara membuat permohonan Transkrip UiTM tahun 2023 secara online? Perhatian buat anda graduan yang ingin membuat permohonan Transkrip UiTM tahun 2023. Berikut dikongsikan Permohonan Transkrip UiTM 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan Transkrip UiTM 2023 Online (Contoh)

Sedia maklum, Transkrip UiTM ini amat penting bagi graduan yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Proses permohonan transkrip UITM secara online ini juga amat mudah dan anda akan mendapat transkrip rasmi ini dalam beberapa hari sahaja setelah permohonan dibuat secara online.


Permohonan Transkrip UiTM 2023 Online (Contoh)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Transkrip UiTM secara online termasuk syarat kelayakan permohonan:


Cara Permohonan Transkrip UiTM 2023 Online

1. Layari Portal Rasmi UITM secara atas talian menerusi pautan di https://simsweb.uitm.edu.my/SPORTAL_APP/APPLY_TRANSCRIPT_ONLINE/login_form.cfm

2. Masukkan Student ID, Nombor Kad Pengenalan dan Kod Program diruangan yang disediakan. 

3. Kemudian, klik butang “Login” dan “New Application”.

4. Lengkapkan borang dengan segala butiran maklumat yang diminta. Pilih samaada hendak menerima transkrip UITM secara pos atau ambil sendiri.

5. Seterusnya, muatnaik salinan IC yang telah disahkan. Klik butang “Submit Application”.

6. Bil akan dijana serta merta dan boleh disemak di portal pelajar. Lengkapkan permohonan dengan membuat pembayaran secara online.

7. Muat turun borang yang telah dilengkapkan dan simpan bukti pembayaran untuk rujukan nanti.

8. Muat turun “Borang Permohonan Surat Pengesahan Pelajar” menerusi pautan di https://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/images/borang/BPSPP.pdf

9. Lengkapkan borang permohonan seperti diatas. Emelkan kedua-dua borang bersama-sama slip bayaran kepada pegawai bertugas mengikut fakulti masing-masing. 

10. Pastikan nama dan emel pegawai bertugas boleh disemak di direktori https://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/direktori-staf.html

Permohonan Transkrip UiTM 2023 Online (Contoh)


Syarat Kelayakan Permohonan Transkrip UiTM

Berikut dikongsikan Syarat Kelayakan Permohonan Transkrip UiTM:

1. Permohonan tidak akan diproses sekiranya pemohon masih berhutang dengan Universiti.

2. Permohonan akan diproses dalam tempoh 5 (lima) hari bekerja setelah pembayaran dibuat. (Tidak termasuk tempoh pos).

3. Jika pihak UITM tidak menerima bayaran dalam tempoh 7 (tujuh) hari bekerja permohonan anda akan DIBATALKAN.

4. Tiada bayaran balik akan diberikan setelah pembayaran dibuat.

5. Universiti tidak akan bertanggungjawab sekiranya transkrip rasmi yang dihantar melalui pos tidak diterima, rosak atau hilang.

6. Transkrip rasmi akan dikeluarkan untuk program berikut sahaja (Asasi, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana (Kerja Kursus), Sarjana (Mod Campuran) dan PhD (Mod Campuran).


Kaedah Ambil Sendiri Transkrip UiTM

1. Bahagian Rekod dan Konvokesyen Pelajar (BRPK)

2. Pejabat Pendaftar Aras 3, Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS), Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam

Semoga perkongsian Permohonan Transkrip UiTM 2023 Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.