Permohonan DPLI UPSI 2024 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan DPLI UPSI 2024 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan DPLI UPSI tahun 2024 bakal dibuka? Perhatian buat anda lepasan Ijazah Sarjana Muda yang berminat membuat permohonan kemasukan ke program DPLI UPSI ambilan Februari 2024. Untuk makluman anda, permohonan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) UPSI 2024 boleh dibuat secara online sehingga tarikh tutup pada 31 Januari 2023. Berikut dikongsikan Permohonan DPLI UPSI tahun 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan DPLI UPSI 2023 Online (Semakan Keputusan)

Sedia maklum, DPLI merupakan salah satu laluan untuk menjadi guru kepada lepasan siswazah yang sudah pun memiliki segulung ijazah sarjana muda tetapi BUKAN dalam kursus pendidikan. DPLI berbeza dari Program Ijazah Sarjana Muda Penguruan (PISMP) yang dikhaskan kepada lepasan SPM yang ingin menjadi guru.

Permohonan DPLI UPSI 2024 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan DPLI UPSI beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:

Cara Permohonan Program DPLI UPSI 2024 Online

1. Pemohonan kemasukan ke DPLI UPSI boleh dibuat secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://tinyurl.com/borangpendaftaranDPLI-UPSI2023

2. Semak No. Rujukan

3. Kemudian, hantar borang dan dokumen ke emel upsi.dpli@gmail.com

4. Lengkapkan maklumat diri dan lain-lain. RM50 dikenakan sebagai yuran pemprosesan permohonan.

Syarat Kelayakan Permohonan DPLI UPSI 2024

Antara syarat kelayakan permohonan DPLI UPSI adalah seperti berikut:

1. Mempunyai Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang di Universiti yang diiktiraf kerajaan
2. PNGK tidak kurang daripada 2.00
3. Lulus kepujian Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
4. Mestilah Warganegara Malaysia

Kelebihan Program DPLI UPSI

1. Yuran pengajian keseluruhan RM10,000.
2. Yuran dibayar ansuran 4 kali.
3. Masa belajar yang dleksibel semasa cuti sekolah.
4. Diploma dianugerahkan UPSI.
5. Mempunyai pengiktirafan MQA dan KPM.
6. Pembelajaran sepenuhnya pada cuti sekolah.
7. Pembelajaran secara bersemuka beserta latihan mengajar,
8. Diploma ikhtisas untuk mengajar sekolah kerajaan atau swasta.

Semakan Keputusan DPLI UPSI 2024 Online

Berikut dikongsikan Semakan Keputusan DPLI UPSI tahun 2024:

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan DPLI UPSI, sila hubungi Pegawai Perhubungan Pelajar di talian 017-4294857 @ 017-5060857

Selamat membuat Permohonan Program DPLI UPSI ambilan 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke DPLI UPSI!

No comments

Powered by Blogger.