Permohonan Bantuan Persekolahan MAIPk 2023 (Semakan Status)

Permohonan Bantuan Persekolahan MAIPk 2023 (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan Bantuan Persekolahan MAIPk 2023 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar sekolah di Negeri Perak yang berkelayakan membuat permohonan Bantuan Persekolahan MAIPk (Zakat Perak) tahun 2023. Untuk makluman anda, permohonan Bantuan Persekolahan MAIPk 2023 bakal dibuka sehingga tarikh tutup 28 Februari 2023 melalui borang permohonan yang telah disediakan di pejabat pentadbiran MAIPk daerah. Berikut dikongsikan Permohonan Bantuan Persekolahan MAIPk 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan Bantuan Persekolahan MAIPk 2023 (Semakan Status)

Sedia maklum, Ibu bapa keluarga asnaf yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah pada tahun 2023, pihak Zakat Perak-Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah membuka permohonan bagi Bantuan Persekolahan MAIPk tahun 2023. Pemberian Bantuan Persekolahan ini bertujuan untuk membantu anak-anak asnaf yang akan memasuki atau meneruskan persekolahan sama ada di sekolah rendah atau menengah di Negeri Perak.


Permohonan Bantuan Persekolahan MAIPk 2023 (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Bantuan Persekolahan MAIPk termasuk syarat kelayakan dan semakan status:


Cara Permohonan Bantuan Persekolahan MAIPk 2023

1. Bagi kaedah permohonan, pemohon boleh dapatkan borang permohonan bantuan persekolahan ini di mana-mana pejabat pentadbiran MAIPk daerah di seluruh Negeri Perak.

2. Pemohon boleh merujuk pejabat pentadbiran MAIPk daerah di pautan berikut https://www.maiamp.gov.my/index.php/korporat/pejabat-pentadbiran-daerah.html.


Syarat Kelayakan Bantuan Persekolahan MAIPk 2023

Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat permohonan yang ditetapkan seperti berikut:

1. Mestilah beragama Islam

2. Murid tersebut merupakan warganegara Malaysia/penduduk tetap

3. Murid tersebut mestilah bermastautin dalam Negeri Perak

4. Pendapatan bulanan isi rumah kkeluarga murid tidak melebihi had kifayah (had kecukupan)


Semakan Status Bantuan Persekolahan MAIPk 2023

*Akan dikemaskini


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Bantuan Persekolahan MAIPk, sila hubungi Zakat Perak-MAIPk di talian 05-208 4000.

Semoga perkongsian Permohonan Bantuan Persekolahan MAIPk tahun 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.