Cara Login SGMy 2024 Online (Kemaskini e-Profil)

Cara Login SGMy 2024 Online (Kemaskini e-Profil)|ANDA ingin login akaun SGMy tahun 2024? Bagaimana cara login Sistem Guru Malaysia (SGMy) secara online? Perhatian buat anda yang ingin ketahui cara login dan daftar akaun SGMy tahun 2024. Berikut dikongsikan Cara Login SGMy 2024 Online buat rujukan anda.

Cara Login SGMy 2023 Online (Kemaskini e-Profil)

Sedia maklum, SGMy atau dikenali sebagai Sistem Guru Malaysia merupakan sistem yang dibangunkan khusus bagi pengurusan, perancangan, dan rekod latihan dan kompetensi guru dan mereka juga boleh mendapatkan Sijil Guru Malaysia beserta nombor unik yang mengiktiraf mereka sebagai seorang guru berdaftar. Antara objektif KPM membangunkan laman web ini adalah untuk menjadikan individu yang berada dalam profesion keguruan diiktiraf sebagai golongan yang profesional. Selain itu, guru yang berdaftar dengan KPM akan diberikan Sijil Guru Malaysia yang mempunyai nombor unik yang kekal sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai nombor pengenalan diri dalam profesion keguruan.


Cara Login SGMy 2024 Online (Kemaskini e-Profil)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Login SGMy (Sistem Guru Malaysia) secara online termasuk cara kemaskini e-Profil:


Cara Login SGMy 2024 Online

Berikut dikongsikan Cara Login SGMy (Sistem Guru Malaysia) 2024 Secara Online:

1. Layari Portal Rasmi SGMy secara online menerusi pautan di https://sgmy.moe.gov.my/ 

2. Kemudian, klik pada bahagian ‘Modul Individu.’

3. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang disahkan.

4. Klik pada butang hantar untuk log masuk ke dalam sistem SGMy.

Cara Login SGMy 2023 Online (Kemaskini e-Profil)


Senarai Modul SGMy

Terdapat 4 modul yang boleh digunakan oleh melalui sistem SGMy iaitu:

⬛ Modul Penyelaras SGMy: Untuk kegunaan penyelaras SGMy

⬛ Modul Individu SGMy: Untuk kegunaan individu (guru) bagi tujuan semakan maklumat berkaitan SGMy

⬛ Modul Dashboard: Untuk kegunaan pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia dan pentadbir SGMy

⬛ Modul Personel: Untuk kegunaan pengurusan perjawatan Bahagian/JPN/PPD


Cara Kemaskini e-Profil

Bagi guru yang ingin mengemaskini maklumat diri, berikut adalah langkahnya:

1. Klik pada bahagian ‘e-Profil’ dan klik perkataan ‘e-Profil.’

2. Kemudian, masukkan data dan maklumat dengan betul dan tepat.

3. Pastikan semua maklumat lengkap diisi. Klik pada butang ‘Hantar.’


Cara Buat Pengesahan & Cetak Sijil

1. Klik pada bahagian ‘Pengesahan & Penerimaan,’ dan klik perkataan ‘Pengesahan.’

2. Semak maklumat guru yang dipaparkan.

3. Pastikan semua maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan betul.

4. Tandakan pada kotak pengesahan. Klik butang ‘Ya, Sahkan Maklumat Ini.’

5. Bagi mencetak Sijil Guru Malaysia, pergi ke bahagian ‘Pengesahan & Penerimaan,’ dan klik perkataan ‘Slip Sijil Guru.’

6. Sijil guru akan dipaparkan kepada pengguna. Semak sijil tersebut bagi memastikan butiran yang ditunjukkan betul.

7. Klik pada butang ‘Cetak’ untuk mencetak sijil tersebut.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan SGMy, sila hubungi Bahagian Profesionalisme Guru KPM di talian 03-8884 1302 atau email ke alamat helpdesk.sgmy@moe.gov.my.

Semoga perkongsian Cara Login SGMy tahun 2024 secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.