Permohonan Sijil Asas Tahfiz Darul Quran 2023 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Sijil Asas Tahfiz Darul Quran 2023 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Program Sijil Asas Tahfiz 2023 bakal dibuka? Perhatian buat calon yang berkelayakan dan berminat untuk memohon Program Sijil Asas Tahfiz (SAT) ambilan tahun 2023. Untuk makluman anda, permohonan Program Sijil Asas Tahfiz Darul Quran 2023 boleh dibuat sebelum atau pada 13 Januari 2023 menerusi Portal Rasmi Darul Quran. Berikut dikongsikan Permohonan Sijil Asas Tahfiz Darul Quran 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan Sijil Asas Tahfiz Darul Quran 2023 Online (Semakan Keputusan)

Sedia maklum, SAT merupakan persijilan tahfiz yang ditawarkan kepada OKU Penglihatan, Muallaf, Orang Asli serta Pribumi Sabah dan Sarawak selama 12 bulan atau 2 semester. Bagi persijilan ini, pelajar adalah diwajibkan menghafaz al-Quran Juzu’ 1-10 dalam tempoh pengajian di samping belajar subjek-subjek yang lain seperti Tajwid, Bahasa Arab, Fiqh, Tafsir dan Aqidah. Pelajar yang berjaya mengikuti program Sijil Asas Tahfiz akan berpeluang menyambung pengajian ke peringkat Diploma Tahfiz al-Quran & al-Qiraat, Darul Quran JAKIM sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.


Permohonan Sijil Asas Tahfiz Darul Quran 2023 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Sijil Asas Tahfiz Darul Quran termasuk syarat kelayakan, yuran pengajian dan semakan keputusan:


Syarat Kelayakan Program Sijil Asas Tahfiz 2023

Antara syarat kelayakan untuk memohon program persijilan ini adalah seperti berikut:

A. Syarat Asas

1. Beragama Islam.

2. Mestilah Warganegara Malaysia.

3. Berumur antara 17 hingga 25 tahun.

4. Lulus Peperiksaan SPM 2021/percubaan SPM 2022/SPM 2022 dengan mendapat minimum Gred C:

– Bahasa Melayu

– Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah/Pendidikan Syariah Islamiah/Pendidikan Islam/Tasawwur Islam/ Usuluddin/Turath al-Quran dan Sunnah/Al-Syariah/Manahij al-Ulum al-Islamiah/Turath Dirasat Islamiah/Maharat al-Quran/Manahij Ulum al-Islamiyah.

5. Tidak berkahwin.

6. Boleh menulis jawi.

7. Sihat tubuh badan dan mental yang baik.

8. Lulus temu duga.

B. Syarat Tambahan

Terdapat beberapa syarat tambahan iaitu:

i) OKU Penglihatan

- Berkebolehan membaca al-Quran Braille dengan baik dan lancar.

ii) Muallaf, Orang Asli, Pribumi Sabah dan Sarawak

- Berkebolehan membaca al-Quran dengan baik dan lancar.

- Keputusan pentaksiran tingkatan 4/5.


Cara Permohonan Sijil Asas Tahfiz Darul Quran 2023

1. Layari Portal Rasmi Darul Quran secara online menerusi pautan di https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=667&fbclid=IwAR0TZbdfDezsI77xVp31gQsuIW0vAb5q5_lNlDBvW-8V_i_iMdhZvb1HWtI

2. Kemudian, muat turun borang permohonan di bahagian “Keterangan.”

3. Isikan borang permohonan dengan lengkap. Hantarkan borang permohonan ke alamat seperti berikut:

Seksyen Kemasukan, Biasiswa dan Graduasi

Darul Quran,

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,

Jalan Hamzah, Ampang Pecah,

44000 Kuala Kubu Bharu,

Selangor Darul Ehsan.

4. Pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan dari pihak Darul Quran selepas 24 Februari 2023 adalah dianggap permohonan tidak berjaya.


Yuran Pengajian

Tiada yuran pengajian yang akan dikenakan dan yuran hanya dikenakan pada hari pendaftaran sahaja (tidak termasuk duit buku, yuran persatuan pelajar dan sebagainya).


Semakan Keputusan Sijil Asas Tahfiz Darul Quran 2023

*Akan dikemaskini


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan permohonan SAT, sila hubungi di:

012-2431803 (Ust. Zahrina binti Haron)

010-8009013 (Us. Mohd Nazim bin Siham)

019-4623437 (Us. Abdul Mukmin bin Shabuddin)

Semoga perkongsian Permohonan Sijil Asas Tahfiz Darul Quran 2023 Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.