Permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) 2022 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) 2022 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan 2022 bakal dibuka? Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) kini dibuka bagi pelajar sepenuh masa di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf Malaysian Qualification Agency (MQA). Untuk makluman anda, permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan 2022 boleh dibuat secara online mulai 15 April hingga 30 April 2022. Berikut dikongsikan Permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan 2022 Online buat rujukan anda.

Permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) 2022 Online (Semakan Keputusan)

Sedia maklum, Skim Biasiswa Sukan Persekutuan diwujudkan bertujuan bagi membantu para atlet negara yang berminat atau sedang menyambung pengajian sambil menceburkan diri dalam arena sukan tempatan. 


Permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) 2022 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) termasuk syarat kelayakan dan semakan keputusan:


Cara Permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan 2022 Online

1. Layari laman sesawang SBSP.

2. Pilih e-Bantuan.

3. Kemudian, lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik "Hantar".


Syarat Kelayakan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) 2022

Pemohon yang berminat perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut:

1. Terbuka kepada atlet yang akan/sedang menyambung pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Pertama di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia dan masih bergiat aktif dalam bidang sukan, sekurang-kurangnya mewakili IPT Malaysia ke Sukan Universiti ASEAN (AUG) atau mewakili Negeri dalam Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) atau Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf.

2. Umur pemohon pada 31 Disember 2022 adalah seperti berikut:

-tidak melebihi 25 tahun bagi pengajian peringkat Diploma secara sepenuh masa.

-tidak melebihi 30 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pertama secara sepenuh masa.

3. Telah mendapat surat tawaran pengajian bagi pelajar baharu pengajian secara sepenuh masa di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pertama mengikut tempoh pengajian yang ditawarkan oleh IPT berkenaan. Sekiranya sedang mengikuti pengajian, pemohon perlulah:

- Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi Atlet IPT atau PNGK 2.00 bagi Atlet Negara pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan; dan

- Memiliki tempoh baki pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun akademik (2 atau 3 semester mengikut sistem kalendar akademik IPT berkenaan) atau lebih yang bukan dalam tempoh pelanjutan.

- IPT tempatan sahaja serta bidang pengajian yang mempunyai pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia/Malaysia Qualification Agency.

- Tidak menerima sebarang tajaan/biasiswa daripada mana-mana institusi/agensi kerajaan/swasta yang lain.

- Sihat daripada segi mental dan fizikal.

- Berkelakuan baik (good-character) dan mempunyai minat serta semangat yang tinggi.

4. Pemohon hendaklah bersedia untuk terus giat dalam latihan dan pertandingan-pertandingan sukan pilihannya dan mengekalkan prestasi sepanjang tempoh pengajiannya sebagai syarat menerima biasiswa ini serta dikehendaki mewakili negara dalam mana-mana pertandingan di peringkat Kebangsaan/Antarabangsa sekiranya diperlukan.

5. Atlet Negara yang memohon biasiswa ini perlu melampirkan surat pengesahan daripada Majlis Sukan Negara.


Semakan Keputusan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan 2022

*Akan dikemaskini


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Portal SBSP atau hubungi di talian 03-8871 3548/3546

Semoga perkongsian Cara Permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan 2022 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.