Cara Daftar eGraduan KPM 2022 Online (Semakan Penempatan)

Cara Daftar eGraduan KPM 2022 Online (Semakan Penempatan)|APA itu eGraduan KPM? Perhatian kepada calon yang telah lulus temuduga lantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelajaran (PPP) Gred DG41. Berikut dikongsikan Cara Daftar eGraduan KPM 2022 Online buat rujukan anda.

Cara Daftar eGraduan KPM 2022 Online (Semakan Penempatan

Sedia maklum, KPM memaklumkan bahawa penempatan bagi 4,828 lagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 bagi pengambilan khas secara one-off akan diumumkan pada 18 Mac 2022. Guru-guru ini akan mula melapor diri pada 4 April 2022. Semakan penempatan masing-masing boleh dibuat bermula pada 18 Mac ini melalui Portal eGraduan. e-Graduan merupakan modul baharu bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru. Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.


Cara Daftar eGraduan KPM 2022 Online (Semakan Penempatan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Daftar eGraduan KPM termasuk cara login dan semakan penempatan guru:


Cara Pendaftaran eGraduan KPM Online

1. Layari ke Laman Portal eGraduan secara online di pautan https://egraduan.moe.gov.my/

2. Pengguna perlu mengisi ruangan ini dengan teliti supaya tiada masalah ketika log masuk ke sistem.

3. Klik butang SIMPAN untuk proses pendaftaran. Pengguna boleh terus ke ruangan LOG MASUK untuk menggunakan sistem dan butiran pendaftaran dihantar ke alamat emel yang telah diisi.


Cara Login eGraduan KPM 2022 Online

1. Pengguna boleh log masuk ke sistem dari LAMAN UTAMA dengan memasukkan butiran ID, Kata Laluan dan No. KP yang disahkan.

2. Sekiranya maklumat yang dimasukkan tidak tepat, paparan MAKLUMAT LALUAN MASUK SALAH akan dipaparkan.

3. Pengguna perlu memastikan butiran adalah tepat seperti didaftarkan.

4. Setelah berjaya log masuk, terdapat paparan bagi nama dan no Kad Pengenalan.

5. Terdapat beberapa tab yang disediakan untuk disemak dan dikemaskini.


Semakan Penempatan Guru KPM 2022

1. Keputusan penawaran penempatan guru boleh disemak menerusi Portal e-Graduan KPM di pautan https://egraduan.moe.gov.my.

2. Tab Semakan Penempatan akan dipaparkan setelah hebahan berkaitan semakan dibuat di Portal KPM dan e-Graduan.

3. Calon diingatkan untuk memuat turun dan melengkapkan borang Pakej Setuju Terima di Portal SPP (https://www.spp.gov.my) untuk tujuan pengesahan lantikan anda dalam tempoh 30 hari dari tarikh melapor diri melalui Ketua Jabatan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) di talian 03-8884 7741 / 03-8884 7779 / 03-8872 1446 atau emel ke egraduan@moe.gov.my

Semoga perkongsian Cara Daftar eGraduan KPM Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.