Contoh Surat Permohonan Rayuan MRSM 2022 (Tingkatan 1 & 4)

Contoh Surat Permohonan Rayuan MRSM 2022 (Tingkatan 1 & 4)|BILAKAH tarikh semakan keputusan MRSM tahun 2022 bakal diumumkan? Perhatian buat pemohon yang telah gagal dalam permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ambilan tahun 2022. Berikut dikongsikan Contoh Surat Permohonan Rayuan MRSM 2022 buat rujukan anda.

Contoh Surat Permohonan Rayuan MRSM 2022 (Tingkatan 1 & 4)

Contoh Surat Permohonan Rayuan MRSM 2022 (Tingkatan 1 & 4)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan contoh surat rasmi permohonan rayuan MRSM Tingkatan 1 & Tingkatan 4 tahun 2022:

Kalsom Binti Mohamad
No. 789 Jalan Semerak
80990 Johor Bahru
Johor Darul Takzim

Pengarah
Bahagian Pendidikan Menengah
Ibu Pejabat MARA
Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur

                                                   20 Januari 2021

Tuan/Puan,

Per: Rayuan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 Tahun 2022

Merujuk kepada perkara diatas, saya waris kepada Siti Binti Yahya ingin membuat permohonan rayuan kemasukan anak saya ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 bagi tahun 2022.

2. Dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2021 yang lalu, bahawa anak saya telah mendapat keputusan yang cemerlang dengan keputusan 5A dalam semua matapelajaran yang diambil. Berikut adalah butiran mengenai anak saya seperti dinyatakan dibawah:

◾Nama Pemohon: __________
◾Nama Sekolah: ______________
◾No. Kad Pengenalan: _____________
◾No. Angka Giliran UPSR: _____________

3. Selain memperoleh keputusan 5A, anak saya juga aktif dalam kegiatan kokurikulum dengan melibatkan badan unit beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS), Persatuan Unit Bimbingan Kaunseling serta sukan bolasepak di peringkat Daerah.

4. Diharapkan pihak Tuan/Puan dapat mempertimbangkan permohonan anak saya ini seterusnya memberi peluang menempatkan anak saya di MRSM.

5. Segala pertimbangan dari pihak Tuan/Puan saya dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih,

Yang Benar,
..............................................
(KALSOM BINTI MOHAMAD)

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan MRSM Tingkatan 1 & 4 2022

Semoga perkongsian Contoh Surat Permohonan Rayuan MRSM 2022 ini dijadikan rujukan buat para pelajar!

No comments

Powered by Blogger.