Permohonan MRSM 2023 Online (Tingkatan 1 Dan 4)
Permohonan MRSM 2023 Online (Tingkatan 1 Dan 4)|BILAKAH tarikh permohonan kemasukan ke MRSM ambilan 2023 bakal dibuka? Berita baik buat pelajar Tahun Enam (6) dan Tingkatan Tiga yang berminat membuat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tingkatan 1 & Tingkatan 4 ambilan 2023. Untuk makluman anda, permohonan MRSM 2023 boleh dibuat secara online mulai 1 September 2022 hingga 4 November 2022 menerusi Portal Rasmi MRSM. Berikut dikongsikan Permohonan MRSM 2023 Online buat rujukan anda.
Permohonan MRSM 2023 Online (Tingkatan 1 Dan 4)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 termasuk syarat kelayakan permohonan:Cara Permohonan MRSM 2023 Online
A. Tingkatan 1
Pemohon hendaklah mendapatkan 'Kata Laluan' (percuma) permohonan secara atas talian (online) melalui laman web seperti berikut:
KLIK 👉 Sistem Aplikasi Daftar Pengguna dan Mendapatkan Kata Laluan
B. Cara Mengisi Borang Permohonan Online
Setelah berjaya mendapatkan kata laluan, pemohon boleh mengakses (log masuk) sistem borang permohonan online melalui laman web seperti berikut:
KLIK 👉 https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp
B. Tingkatan 4
A. Cara Mendapatkan Kata Laluan
Pemohon baru hendaklah mendapatkan 'Kata Laluan' terlebih dahulu sebelum dapat mengakses sistem permohonan borang online melalui laman web berikut:
KLIK 👉 Sistem Aplikasi Daftar Pengguna dan Mendapatkan Kata Laluan
B. Cara Mengisi Borang Permohonan Online
Setelah berjaya mendapatkan kata laluan, pemohon boleh mengakses (log masuk) sistem borang permohonan online melalui laman web seperti berikut:
KLIK 👉 Sistem Aplikasi Borang Permohonan Online
Nota:
Buat tempoh ini, sambungan akses ke halaman sistem aplikasi aplikasi MRSM telah disekat oleh penyemak pelayar Google Chrome berikutan 'Privacy Error'. Pemohon boleh "memintas" dengan mengklik pada "ADVANCED" kemudian klik pada "Proceed To"
Syarat Umum Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2023
Antara syarat umum kelayakan kemasukan MRSM adalah seperti berikut:1. Pemohon adalah warganegara Malaysia
2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia
3. Permohonan terbuka kepada pelajar Tahun 6 yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
4. Pemohon perlu mengisi borang permohonan online dan menjawab Online Self-Assessment (OLSA) dalam tempoh yang ditetapkan
Syarat Minimum dan Kelayakan Asas MRSM 2023
1. Memiliki sikap diri yang positif2. Tahap kesihatan yang baik dan mampu menjalani program kecerdasan fizikal
3. Pelajar bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi arahan serta peraturan dengan penuh displin.
4. Memperoleh keputusan 3A 3B (Semenanjung Malaysia) dan 3A 2B 1C (Sabah / Sarawak) dalam ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Tahun 2020
5. Pemohon perlu memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dalam UPSR 2019
6. Aktif kegiatan kokurikulum dan bersedia mengikuti pelbagai program yang dianjurkan
7. Sentiasa menjaga nama baik keluarga, MRSM dan MARA
Syarat Umum Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2023
1. Pemohon adalah warganegara Malaysia2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia
3. Permohonan terbuka kepada pelajar Tingkatan 3 yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
4. Pemohon perlu mengisi borang permohonan online dan menjawab Online Self-Assessment (OLSA) dalam tempoh yang ditetapkan
Syarat Minimum dan Kelayakan Asas Kemasukan MRSM 2023
1. Memiliki sikap diri yang positif2. Tahap kesihatan yang baik dan mampu menjalani program kecerdasan fizikal
3. Pelajar bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi arahan serta peraturan dengan penuh disiplin
4. Memperoleh keputusan 6A 4B (Semenanjung Malaysia) dan 5A 5B (Sabah / Sarawak) dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) Tahun 2020
5. Pemohon perlu memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains
6. Aktif kegiatan kokurikulum dan bersedia mengikuti pelbagai program yang dianjurkan
7. Sentiasa menjaga nama baik keluarga, MRSM dan MARA
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila Layari Laman Web MARA di https://www.mara.gov.my/ atau Facebook Rasmi Majlis Amanah Rakyat.
Selamat membuat Permohonan MRSM ambilan 2023 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke MRSM!
Post a Comment