Permohonan iBita Pulau Pinang 2023 Online (Semakan Status)
Permohonan iBita Pulau Pinang 2023 Online (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan iBita Penang tahun 2023 bakal dibuka? Berita baik buat anda yang berminat membuat permohonan iBita Negeri Pulau Pinang tahun 2023. Untuk makluman anda, permohonan iBita Pulau Pinang 2023 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 1 September 2021 sehingga tarikh tutup 31 September 2021 menerusi Laman Web iBita Penang. Berikut dikongsikan Cara Permohonan iBita Penang 2023 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, Kerajaan Pulau Pinang telah mengumumkan pemberian Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi atau iBita bagi anak-anak negeri tersebut bagi sesi kemasukan pengajian akan datang. Matlamat pemberian bantuan ini adalah untuk meringankan beban keluarga pelajar khususnya dalam kalangan keluarga B40 untuk menanggung kemasukan anak mereka ke IPT.
Permohonan iBita Pulau Pinang 2023 Online (Semakan Status)
Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Permohonan iBita Pulau Pinang termasuk syarat kelayakan dan semakan status:Cara Permohonan iBita Pulau Pinang 2023 Online
1. Pemohon perlu mengisi borang permohonan secara atas talian (ONLINE) menerusi laman sesawang di http://ibita.penang.gov.my/.2. Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga atau wakil boleh menghantar borang ke Pejabat Daerah dan Tanah (Bahagian Khidmat Pengurusan) yang berhampiran untuk memproses borang permohonan.
Syarat Kelayakan Permohonan iBita Pulau Pinang 2023
Antara Syarat Kelayakan iBita Pulau Pinang adalah seperti berikut:1. Pemohon WAJIB mengisi borang permohonan secara atas talian (ONLINE) di laman sesawang http://ibita.penang.gov.my/.
2. Pendapatan isi rumah (ibu/bapa/penjaga) tidak melebihi RM8,000.00. (Gaji Pokok Sahaja).
3. Ibu / Bapa / Penjaga (salah seorang) mestilah merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang.
4. Pelajar yang ditawarkan ke Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa pada tahun semasa sahaja.
5. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.
6. Senarai dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bersama borang permohonan yang telah dicetak melalui portal iBITA:
6.1 Borang Permohonan dan Senarai Semak Dokumen yang dicetak melalui laman sesawang iBITA (http://ibita.penang.gov.my/)
6.2 Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA/IPTS/Politeknik
6.3 Salinan Resit Pembayaran Yuran Pendaftaran
6.4 Salinan Kad Pengenalan Pelajar
6.5 Salinan Kad Pengenalan Ibu DAN Bapa ATAU Penjaga
6.6 Salinan Penyata Gaji terbaru/ Kad Pesara Ibu DAN Bapa ATAU Penjaga
6.7 Penyata Pendapatan pasangan perlu disertakan bagi pemohon yang sudah berkahwin. (Tidak perlu dinyatakan dalam laman web, dalaman sahaja).
6.8 Ibu DAN Bapa ATAU Penjaga yang tiada penyata gaji/pendapatan tetap perlu membuat akuan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.
**Semua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh YB KADUN/ Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/ Penghulu/ yang setaraf dengannya.
7. Proses rayuan permohonan hanya perlu dilakukan di peringkat Pejabat Daerah dan Tanah sahaja mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam garis panduan.
8. Kegagalan menghantar dokumen sokongan selepas tarikh tutup penghantaran akan ditolak.
Kadar Bayaran Bantuan iBita Penang 2023
Berikut dikongsikan Kadar Bayaran Bantuan iBita Pulau Pinang 2023:1. Universiti di Semenanjung = RM1,000
2. Universiti Sabah dan Sarawak = RM1,200
3. Politeknik Malaysia = RM300
Semakan Status iBita Pulau Pinang 2023 Online
1. Pemohon boleh memuat turun Perkhidmatan Aplikasi Mudah Alih PgGOV iBITA di Google Playstore atau IOS.2. Semakan status permohonan adalah selama satu bulan selepas tarikh permohonan ditutup.
Info Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan iBita Penang, pemohon boleh menghubungi Pejabat Daerah dan Tanah yang memproses borang permohonan mengikut daerah masing-masing di portal IBITA.Selamat membuat Permohonan iBita Pulau Pinang tahun 2023 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran iBita Penang!
Post a Comment