Permohonan Biasiswa Sagong Tasi 2024 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Sagong Tasi 2024 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Sagong Tasi 2024 bakal dibuka? Berita baik buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Biasiswa Sagong Tasi tahun 2024 sebagai pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa Sagong Tasi 2024 boleh dibuat secara online sehingga tarikh tutup 15 April 2023 menerusi Portal Rasmi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Biasiswa Sagong Tasi 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Biasiswa Sagong Tasi 2021 Online (Semakan Keputusan)


Sedia maklum, pemohon adalah dipelawa untuk memohon Program Khas Biasiswa Sagong Tasi tahun 2023 bagi mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (Shah Alam, Puncak Alam, Puncak Perdana dan Sungai Buloh), Universiti Islam Antarabangsa (Gombak), Universiti Kebangsaan Malaysia (Bangi), Universiti Putra Malaysia (Serdang), Universiti Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), dan Kolej Antarabangsa INPENS.


Permohonan Biasiswa Sagong Tasi 2024 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Biasiswa Sagong Tasi termasuk syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:


Cara Permohonan Biasiswa Sagong Tasi 2024 Online

1. Borang permohonan boleh dimuat turun menerusi laman web rasmi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor di https://danapendidikan.selangor.gov.my/login.

2. Permohonan yang berjaya sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.

3. Hanya pemohon yang berjaya di dalam sesi temuduga sahaja akan ditawarkan Biasiswa.

4. Panggilan sesi temuduga dan keputusan permohonan perlu disemak melalui laman web rasmi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor di http://tkwbns.selangor.gov.my

5. Permohonan dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tiada maklum balas dalam tempoh SEBULAN selepas tarikh tutup permohonan.

6. Borang permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di universiti masing-masing atau terus ke alamat berikut :

Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran

Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan


Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa Sagong Tasi 2024

Program Biasiswa khas untuk anak Selangor yang belajar di IPT berkenaan dan berpendapatan rendah. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

a. Pemohon dan Ibu Bapa merupakan WARGANEGARA Malaysia; dan

b. Pemohon mestilah ditakrifkan sebagai Orang Asli mengikut Akta 134 – Akta Orang Asli Tahun 1954; dan

c. Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

d. Ibu atau Bapa lahir di Negeri Selangor; atau

e. Pemohon telah bermastautin lebih dari sebelas (11) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.

f. Pemohon telah mendaftar pengajian DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA di IPT berkenaan (pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) tidak layak memohon)

g. Pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PINJAMAN/ BIASISWA/ BANTUAN KEWANGAN dari lain-lain penaja

h. Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan

i. Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN/ diberi tempoh pelanjutan pengajian.


Syarat Akademik Biasiswa Sagong Tasi 2024

Pemohon juga mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik seperti berikut:

IJAZAH SARJANA MUDA PERTAMA

i. Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau

ii. Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau

iii. Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.

DIPLOMA

i. Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau

ii. Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.


Semakan Keputusan Biasiswa Sagong Tasi 2024 Online

1. Semakan keputusan Biasiswa Sagong Tasi 2024 akan dimaklumkan menerusi emel atau laman web www.tkwbns.selangor.gov.my.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Biasiswa Sagong Tasi, sila hubungi di:

Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran

Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Semoga perkongsian Permohonan Biasiswa Sagong Tasi secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Biasiswa Sagong Tasi!

No comments

Powered by Blogger.