Permohonan Latihan Separa Perubatan 2024 SPA Online (Diploma & Sijil)

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2024 SPA Online (Diploma & Sijil)|BILAKAH tarikh permohonan Latihan Separa Perubatan SPA tahun 2024 bakal dibuka? Anda berminat bekerja sebagai penjawat awam di sektor kerajaan? Berita baik buat anda pelajar lepasan SPM/ Sijil yang berminat untuk membuat permohonan jawatan kosong Latihan Separa Perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) ambilan Julai 2024. Menerusi Portal Rasmi SPA, permohonan Separa Perubatan 2024 boleh dibuat secara online sehingga tarikh tutup pada 8 Januari 2024 (Hari Isnin) jam 11.59 malam. Berikut dikongsikan Permohonan Separa Perubatan 2024 SPA Online buat rujukan anda.

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2022 SPA Online (Diploma & Sijil)

Sedia maklum, sekiranya ada berminat dan berkelayakan, pemohon boleh membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA9 di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Permohonan mengikuti latihan adalah dibuat 2 sesi iaitu Januari dan Julai pada setiap tahun.

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2024 SPA Online (Diploma & Sijil)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan permohonan Latihan Separa Perubatan 2024 bertaraf Diploma & Sijil di Kementerian Kesihatan Malaysia meliputi syarat kelayakan, senarai program, gaji dan elaun:

Info Penting Jawatan Separa Perubatan 2024

◾LATIHAN SEPARA PERUBATAN
(Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kekosongan Bertaraf Sijil & Diploma: 2,910

Cara Permohonan Separa Perubatan 2024 Online

1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi SPA9 melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://spa9.spa.gov.my/login

2. Masukkan MyID dan Kata Laluan yang disahkan. Kemudian, klik pada butang 'Log Masuk'.

Senarai Program Latihan Separa Perubatan di Kolej KKM

Antara Senarai Program Latihan Separa Perubatan di Kolej KKM adalah seperti berikut:

A. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

- Jururawat
- Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
- Penolong Pegawai Perubatan
- Juru X-Ray
- Jurupulih Perubatan (Fisioterapi)
- Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
- Penolong Pegawai Farmasi
- Juruteknologi Makmal Perubatan

B. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

- Pembantu Kesihatan Awam
- Pembantu Pembedahan Pergigian

Iklan Jawatan Kosong Latihan Separa Perubatan 2024

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2024 SPA Online (Diploma & Sijil)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Jawatan Kosong SPA9, sila layari Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) SPA di https://spa.spab.gov.my/.

Selamat membuat Permohonan Latihan Separa Perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia tahun 2024! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Kolej KKM!

1 comment:

  1. Assalamualaikum..saya Fatehah ..sy berminat sangat nak belajar dlam jurusan jururawat ..Sya mahu apply kolej kejururawatan di alor setar..saya sangat mahuu menceburi dalam bidang jururawat

    ReplyDelete

Powered by Blogger.