Permohonan STAM KISAS 2023 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan STAM KISAS 2023 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan STAM KISAS tahun 2023 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2022 yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan pengajian ke Tingkatan Enam (6) di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) ambilan tahun 2023. Untuk makluman anda, permohonan STAM KISAS 2023 bakal dibuka secara atas talian (online) mulai 16 Januari 2023 hingga 24 Februari 2023. Berikut dikongsikan Permohonan STAM KISAS 2023 Online buat rujukan anda.

Permohonan KISAS 2021 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan STAM KISAS 2023 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan STAM KISAS Tingkatan 6 termasuk syarat kemasukan dan semakan keputusan:

Cara Permohonan STAM KISAS 2023 Online

1. Layari pautan di http://moe.bpsbp.edu.my/MohonSTAM2023.

2. Kemudian, Isikan maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.

3. Hantar permohonan anda dengan klik pada butang ‘Submit.’

Pangkat Peperiksaan

Keputusan peperiksaan pelajar akan ditentukan menerusi 4 pangkat yang ditetapkan iaitu:

- Mumtaz (cemerlang)
- Jayyid Jiddan (sangat baik)
- Jayyid (baik)
- Maqbul (lulus)

Syarat Kemasukan KISAS Tingkatan 6 2023

Antara syarat kemasukan Tingkatan 6 KISAS adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia

2. Lulus perperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

3. Memperolehi kepujian dalam bahasa melayu sekurang-kurangnya 6 C

4. Memperolehi kepujian dalam bahasa arab tinggi sekurang-kurangnya 6 C

5. Pendidikan Syariah Islamiah Pendidikan Al-Quran & As-sunnah memperolehi agregat tidak melebihi 14 mata untuk tiga matapelajaran terbaik

6. Berumur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun ketika membuat permohonan.

7. Keputusan Sijil Menengah Agama (SMA) sekurang-kurangnya jayyid jiddan Lulus ujian khas kelayakan  (temuduga).

Semakan Keputusan STAM KISAS 2023 Online

*Akan dikemaskini

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan STAM Kisas, sila layari Facebook Kolej Islam Sultan Alam Shah di pautan https://www.facebook.com/Kolej-Islam-Sultan-Alam-Shah-Official-191199154273963/

Selamat membuat permohonan KISAS Tingkatan Enam tahun 2023 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan KISAS!

No comments

Powered by Blogger.