Permohonan Kolej KEDA 2021 Online (Semakan Status)
Permohonan Kolej KEDA 2021 Online (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan Kolej KEDA 2021 bakal dibuka? Perhatian buat pelajar lepasan SPM yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Kolej KEDA ambilan Januari 2021. Untuk makluman anda, permohonan Kolej KEDA 2021 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 3 Oktober 2020 hingga 30 November 2020 menerusi Portal Rasmi KEDA.
Sedia maklum, Kolej KEDA merupakan sebuah Institusi Latihan Kemahiran di bawah Pentadbiran Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Kolej KEDA yang terletak di daerah Sik, Kedah. Terdapat 2 kali pengambilan ke Kolej KEDA iaitu pada bulan Januari dan Julai setiap tahun.
Permohonan Kolej KEDA 2021 Online (Semakan Status)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Kolej KEDA termasuk syarat kemasukan, senarai program dan semakan status:
Cara Permohonan Kolej KEDA 2021 Online
1. Permohonan kemasukan ke Kolej KEDA boleh dibuat secara online menerusi laman sesawang di http://www.kolejkeda.edu.my/.
Syarat Kemasukan Kolej KEDA 2021
Antara syarat kemasukan Kolej KEDA ambilan Januari 2021 adalah seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia
b. Berumur 17 hingga 25 tahun
c. Belum berkahwin
d. Sihat mental dan fizikal
e. Menguasai 3M (Menulis, Membaca dan Mengira)
f. Berminat
Senarai Program Yang Ditawarkan
Antara Senarai Program Yang Ditawarkan di Kolej KEDA adalah seperti berikut:
1. Teknologi Fabrik Wanita
2. Teknologi Elektrik
3. Teknologi Penyejukbekuan & Penyaman Udara
Semakan Status Permohonan Kolej KEDA 2021 Online
*Akan dikemaskini
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:
Unit Pengambilan Kolej KEDA
Rimba Taqwa Perangin
08200 Sik
Kedah Darul Aman
No. Faks : 04 – 4695994
No. Tel : 04 – 4695993
Post a Comment