Tarikh Dan Jumlah Bayaran BPN 2.0 (Bantuan Prihatin Nasional)

Tarikh Dan Jumlah Bayaran BPN 2.0 (Bantuan Prihatin Nasional)|BILAKAH tarikh bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0? Perhatian buat anda yang ingin ketahui tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0. Untuk makluman anda, tarikh bayaran BPN 2.0 akan dikreditkan dua kali iaitu pada bulan Oktober 2020 dan bulan Januari 2021. Berikut dikongsikan Tarikh dan Jumlah Bayaran BPN 2.0 buat rujukan anda.

Tarikh Dan Jumlah Bayaran BPN 2.0 (Bantuan Prihatin Nasional)

Sedia maklum, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bantuan tambahan iaitu Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang bakal memanfaatkan kepada isi rumah B40 & M40 dan golongan bujang. Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 bakal diberikan kepada setiap penerima mengikut kategori masing-masing iaitu RM1,000 bagi B40 isi rumah, RM500 bagi B40 bujang, RM600 bagi M40 isi rumah dan RM300 bagi M40 bujang.


Tarikh Dan Jumlah Bayaran BPN 2.0 (Bantuan Prihatin Nasional)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 termasuk jumlah & semakan bayaran mengikut kategori penerima:


Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0

- Tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 akan dikreditkan dua kali iaitu pada bulan Oktober 2020 dan bulan Januari 2021.


Jumlah Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Berikut dikongsikan kategori BPN 2.0 beserta jumlah atau kadar bantuan:

- Kategori 1: Isi Rumah B40 (Jumlah RM1000)

- Kategori 2: Bujang B40 (Jumlah RM500)

- Kategori 3: Isi Rumah M40 (Jumlah RM600)

- Kategori 4: Bujang M40 (Jumlah RM300)

Tarikh Dan Jumlah Bayaran BPN 2.0 (Bantuan Prihatin Nasional)


Kaedah Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Pembayaran BPN 2.0 adalah seperti kaedah pembayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini:

1. Ada akaun bank:
◼️Berjaya kredit - Kredit ke akaun bank yang didaftarkan dalam pangkalan data BPN
◼️Gagal kredit (akaun tidak aktif 
dan akaun tutup) - Tuntutan Tunai di Cawangan BSN

2. Tiada akaun bank: Tuntutan Tunai di Cawangan BSN

Semakan Bayaran BPN 2.0 Online

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan BPN 2.0, sila hubungi di talian LHDNM Hasil Care Line (HCL) 03- 89111000 atau hubungi Cawangan / PKH / UTC LHDNM yang berhampiran.

Semoga perkongsian Tarikh Dan Jumlah Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.