Permohonan GKP 2.0 2020 Online (Semakan Status)

Permohonan GKP 2.0 2020 Online (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan GKP 2.0 bakal dibuka? Perhatian buat anda peniaga kecil mikro atau usahawan yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Bantuan Geran Khas Prihatin 2.0 tahun 2020. Untuk makluman anda, permohonan GKP 2.0 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 1 hingga 31 Oktober 2020 menerusi Portal Rasmi GKP.

Permohonan GKP 2.0 2020 Online (Semakan Status)

Sedia maklum, GKP 2.0 merupakan bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan disamping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan. Jumlah nilai bantuan yang akan diterima setiap individu yang memohon ialah sebanyak RM3,000 secara one-off. 


Permohonan GKP 2.0 2020 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan GKP 2.0 termasuk syarat kelayakan permohonan, jumlah bayaran dan semakan status:


Cara Permohonan GKP 2.0 Online

1. Layari Laman Web Rasmi GKP 2.0 secara atas talian (online) menerusi pautan di https://gkp.hasil.gov.my.

2. Kemudian, Log Masuk dan klik pada "Daftar GKP".

3. Dibahagian MAKLUMAT ENTITI PERNIAGAAN, sila semak Nama dan Nombor Kad Pengenalan.

4. Isikan maklumat seperti Maklumat Diri, Maklumat Pasangan dan Maklumat Perniagaan dengan betul.

5. Klik pada tab Pengesahan di bahagian atas. Buat pengesahan Captcha dengan mengisi paparan Captcha seperti yang terpapar di skrin.

6. Tekan pada butang Sahkan Captcha dan klik pada butang "Hantar".


Syarat Kelayakan Permohonan GKP 2.0

Antara Syarat Kelayakan GKP 2.0 adalah seperti berikut:

1. Bukan penerima GKP sebelum ini. 

2. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia. 

3. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:

i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000. 

ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik. 

4. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut :

i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020 ; atau

ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020; 

5. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.


Kadar Dan Jumlah Bayaran GKP 2.0

Bantuan GKP 2.0 ini akan diberikan sekali sahaja dengan jumlah bantuan sebanyak RM3,000.


Semakan Status GKP 2.0 Online

1. Pemohon boleh membuat semakan status permohonan GKP 2.0 secara online mulai 15 November 2020 menerusi Portal Rasmi GKP.


Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan GKP 2.0, sila hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian 03 - 89111000.

Semoga perkongsian Permohonan GKP 2.0 Online ini dijadikan rujukan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran GKP 2.0!

No comments

Powered by Blogger.