Borang Permohonan Pembatalan BPN 2.0 Online

Borang Permohonan Pembatalan BPN 2.0 Online|ANDA ingin mohon pembatalan BPN 2.0? Berita baik buat pemohon BPN yang ingin ketahui cara permohonan pembatalan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 secara online. Untuk makluman anda, permohonan pembatalan BPN 2.0 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi BPN. Berikut dikongsikan Borang Permohonan Pembatalan BPN 2.0 Online buat rujukan anda.

Borang Permohonan Pembatalan BPN 2.0 Online

Sedia maklum, Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 bakal diberikan kepada setiap penerima mengikut kategori masing-masing iaitu RM1,000 bagi B40 isi rumah, RM500 bagi B40 bujang, RM600 bagi M40 isi rumah dan RM300 bagi M40 bujang. Tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 akan dikreditkan dua kali iaitu pada 26 Oktober 2020 dan bulan Januari 2021.


Borang Permohonan Pembatalan BPN 2.0 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Pembatalan BPN 2.0 termasuk borang permohonan:


Cara Permohonan Pembatalan BPN 2.0

1. Muat turun Borang Pembatalan Permohonan BPN 2.0 secara online menerusi pautan di https://bpn.hasil.gov.my/Download/Borang/BorangPembatalanPermohonanBPN.pdf.


Contoh Cara Tolak BPN 2.0

Saya telah menerima bayaran BPN 2020 sebelum ini dan ingin menolak BPN 2.0. Bagaimanakah cara untuk memulangkan bayaran BPN 2.0 yang diterima?

Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:

1. Anda dinasihatkan mengemukakan surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia dengan menyatakan nama penuh, nombor MyKad dan sebab pemulangan;

2. Lampirkan draf bank / cek atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan); dan

3. Surat dan draf bank / cek perlu dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia di alamat berikut:

Pejabat Belanjawan Negara, 

Kementerian Kewangan Malaysia,

Presint 2, 62592 Putrajaya


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklum balas berkaitan BPN 2.0 boleh dibuat dengan menghubungi Hasil Care Line di talian 03-89111000 atau 603-89111100 (Luar Negara).

Semoga perkongsian Borang Permohonan Pembatalan BPN 2.0 ini dijadikan rujukan buat semua pemohon BPN!

No comments

Powered by Blogger.