Permohonan Biasiswa Endowment UTM 2020/2021 Online (Semakan Status)

Permohonan Biasiswa Endowment UTM 2020/2021 Online (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Endowment UTM tahun 2020/2021 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian program Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di Universiti Teknologi Malaysia tahun 2020/2021. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa Endowment UTM 2020/2021 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 1 September 2020 hingga 13 September 2020 menerusi Portal Rasmi UTM.

Permohonan Biasiswa Endowment UTM 2020/2021 Online (Semakan Status)

Permohonan Biasiswa Endowment UTM 2020/2021 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Biasiswa Endowment UTM termasuk syarat kelayakan permohonan dan semakan status:

Cara Permohonan Biasiswa Endowment UTM 2020/2021 Online

1. Permohonan Biasiswa Endowment UTM boleh dibuat secara atas talian (online) di laman sesawang http://biasiswaendowmen.utm.my/Endowmen/Akaun/AkaunBaru.

2. Pemohon perlu lengkapkan maklumat borang permohonan yang diperlukan.

Syarat Kelayakan Biasiswa Endowment UTM 2020/2021

Antara Syarat Kelayakan Biasiswa Endowment UTM 2020/2021 adalah seperti berikut:

A. BIASISWA ENDOWMEN MERDEKA UTM dan BIASISWA ENDOWMEN AL-BUKHARY UTM

NILAI BIASISWA : RM12,000.00 SETAHUN

KELAYAKAN AKADEMIK :

- Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Matrikulasi KPM atau Program Asasi dari Universiti Awam dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.75 (Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mendapat Gred A dalam Bahasa Inggeris dan Matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Diploma yang diiktiraf dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.75.

Syarat-Syarat Lain:

- Pemohon belum menerima mana-mana tawaran biasiswa atau pinjaman.
- Lulus dalam sesi temubual.
- Calon yang berjaya adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat Biasiswa Endowmen Merdeka UTM dan Biasiswa Endowmen Al-Bukhary UTM.

B. BIASISWA ENDOWMEN AZMAN HASHIM UTM

i) KATEGORI CEMERLANG

NILAI BIASISWA : RM12,000.00 setahun

KELAYAKAN AKADEMIK:

- Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Matrikulasi KPM atau Program Asasi dari Universiti Awam dengan mendapat PNGK ≥ 3.80 ; atau
- Lulusan Diploma yang diiktiraf dengan mendapat PNGK ≥ 3.80

ii) KATEGORI BOTTOM 40

NILAI BIASISWA : RM10,000.00 setahun

KELAYAKAN AKADEMIK:

- Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Matrikulasi KPM atau Program Asasi dari Universiti Awam dengan mendapat PNGK ≥ 3.00 ; atau
- Lulusan Diploma yang diiktiraf dengan mendapat PNGK ≥ 3.00

Syarat-Syarat Lain:

- Pemohon belum menerima mana-mana tawaran biasiswa atau pinjaman;
- Lulus dalam sesi temubual;
- Jumlah pendapatan bulanan keluarga tidak melebihi RM3,500.00 (Kategori Bottom 40);
- Calon yang berjaya adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat Biasiswa Endowmen Azman Hashim

iii) KATEGORI KECEMERLANGAN SUKAN UTM

NILAI BIASISWA : RM10,000.00 SETAHUN)

KELAYAKAN AKADEMIK:

- Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Matrikulasi KPM atau Program Asasi dari Universiti Awam dengan mendapat PNGK ≥ 2.50 ; atau
- Lulusan Diploma yang diiktiraf dengan mendapat PNGK ≥ 2.50
- Mendapat PNGK ≥2.50 pada pengajian semasa di UTM (bagi pemohon Tahun 2 Semester 3 pengajian pada Semester 1 2020/2021)

Syarat-Syarat Lain :

- Pemohon berada pada Tahun Pertama atau Tahun Kedua pengajian Program Ijazah Sarjana Muda di UTM secara sepenuh masa;
- Pencapaian sukan sekurang-kurangnya mewakili sukan peringkat negeri;
- Pemohon belum menerima mana-mana tawaran biasiswa atau pinjaman;
- Lulus dalam sesi temubual;
- Calon yang berjaya adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat Biasiswa Endowmen Azman Hashim Kecemerlangan Sukan UTM.

C. BIASISWA ENDOWMEN ALUMNI UTM

NILAI BIASISWA : RM9,000.00 SETAHUN

KELAYAKAN AKADEMIK:

- Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Matrikulasi KPM atau Program Asasi dari Universiti Awam dengan mendapat PNGK ≥ 3.00 ; atau
- Lulusan Diploma yang diiktiraf dengan mendapat PNGK ≥ 3.00

Syarat-Syarat Lain:

- Keutamaan diberikan kepada Ibu/bapa/penjaga adalah Alumni UTM atau jumlah pendapatan bulanan keluarga tidak melebihi RM3,500.00
- Pemohon belum menerima mana-mana tawaran biasiswa atau pinjaman
- Lulus dalam sesi temuduga
- Calon yang berjaya adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat Biasisiwa Endowmen Alumni UTM

Senarai Biasiswa Endowment UTM Yang Ditawarkan

Terdapat beberapa jenis Biasiswa Endowment UTM yang ditawarkan iaitu:

1. Biasiswa Endowment Merdeka UTM
2. Biasiswa Endowment Al-Bukhary UTM
3. Biasiswa Endowment Azman Hashim UTM
3. Biasiswa Endowment Alumni

Semakan Status Biasiswa Endowment UTM 2020/2021 Online

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Unit Penajaan, Kebajikan dan Tatatertib,
Bahagian Kemudahan, Kebajikan dan Tatatertib,
Jabatan Timbalan Naib Canselor (HEP)
Aras 1, Bangunan SUB
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru, Johor

E-mel : biasiswaendowmen@utm.my
No. Telefon : 07-5530185 / 07-5530513
Laman Web Pejabat HEP : http://www.utm.my/studentaffairs

Semoga perkongsian Permohonan Biasiswa Endowment UTM 2020/2021 Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.