Cara Semak Status Permohonan Telefon Pintar Percuma B40 Online

Cara Semak Status Permohonan Telefon Pintar Percuma B40 Online|ANDA sudah membuat semakan status telefon pintar percuma secara online? Berita baik buat anda pelajar sekolah dari keluarga B40 yang telah membuat pendaftaran telefon pintar percuma dengan pelan data sebanyak 120 GB. Berikut dikongsikan Cara Semak Status Permohonan Telefon Pintar Percuma B40 Online buat panduan anda.

Cara Semak Status Permohonan Telefon Pintar Percuma B40 Online

Sedia maklum, Yayasan YTL dengan kerjasama YTL Communications telah menawarkan telefon pintar percuma kepada pelajar sekolah kerajaan dari keluarga B40 yang tidak memiliki telefon pintar atau peranti mudah alih bagi sesi pembelajaran di rumah. Setiap telefon pintar terbabit akan dilengkapi dengan kad SIM prabayar YES 4G dan pelan data sebanyak 120 GB bagi tempoh setahun.

Cara Semak Status Permohonan Telefon Pintar Percuma B40 Online

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Semakan Telefon Pintar Percuma Secara Online termasuk syarat kelayakan dan cara pendaftaran:

Semakan Status Telefon Pintar Percuma Online

A. Semakan Secara Online

1. Pertama kali, layari laman sesawang https://lcs.yes.my.

2. Pilih Inisiatif samada "SIM Percuma Dengan Data", "Telefon Percuma Dengan SIM", "SIM Percuma ICSS" dan "SIM Percuma Universiti".

3. Kemudian, masukkan No. Kad Pengenalan Ibu Bapa yang didaftarkan.

4. Masukkan No. MyKid/ MyKad yang dicalonkan.

5. Klik pada butang "Hantar" untuk membuat semakan status permohonan anda.

B. Semakan Menerusi Emel

1. Anda akan dimaklumkan status permohonan menerusi emel. Ibu bapa akan turut menerima emel berkaitan proses pendaftaran.

2. Ibu bapa perlu mengikuti proses pendaftaran serta memuat naik beberapa maklumat seperti berikut:

- 1 salinan MyKad/MyKid pelajar
- 1 salinan MyKad ibubapa
- Surat Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai bukti status B40 atau dokumen sah yang boleh membuktikan status B40

3. Pastikan ibu bapa mengisi borang pendaftaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima e-mel.

Syarat Kelayakan Permohonan Telefon Pintar Percuma

Antara Syarat Kelayakan Permohonan Telefon Pintar Percuma adalah seperti berikut:

1. Pelajar yang dicalonkan mestilah terdiri daripada mereka yang bersekolah disekolah kebangsaan sama ada di peringkat rendah atau menengah.

2. Pelajar tersebut mestilah tergolong dalam keluarga B40.

Cara Pendaftaran Telefon Pintar Percuma Online

Sebelum mencalonkan murid, sila pastikan murid adalah daripada keluarga B40:

1. Anda perlu mendapatkan kebenaran daripada ibubapa murid yang hendak dicalonkan dan kumpulkan maklumat berikut:
i. Nombor MyKid/MyKad murid
ii. Nombor MyKad Ibubapa
iii. Status B40 ibubapa daripada Portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

2. Kemudian, layari Portal BPN Hasil secara atas talian (online) menerusi pautan di https://bpn.hasil.gov.my/ dan masukkan No. Kad Pengenalan Ibubapa.

3. Seterusnya, klik pada butang "Semak".

4. Pemohon perlu mendaftarkan nama dengan mengisi borang permohonan secara online di https://appform.prod.frogdev.asia/ atau https://ytlfoundation.org/learn.

5. Lengkapkan maklumat pelajar dan ibu bapa serta butiran tambahan yang perlu disertakan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

YTL Foundation (421570-A)
Level 32, Menara YTL,
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Emel: ytlfoundation@ytl.com.my
Tel: +603 2038 0888
Fax: +603 2038 0388

Semoga perkongsian Cara Semak Status Permohonan Telefon Pintar Percuma B40 ini dijadikan panduan buat para pelajar dan ibu bapa!

No comments

Powered by Blogger.