Tarikh Bayaran Duit i-Lestari KWSP Bagi Bulan Jun

Tarikh Bayaran Duit i-Lestari KWSP Bagi Bulan Jun|BILAKAH tarikh bayaran pengeluaran i-Lestari KWSP? Berita baik buat anda pemohon i-Lestari KWSP yang ingin ketahui tarikh pembayaran duit i-Lestari KWSP bagi bulan Jun. Berikut dikongsikan Tarikh Bayaran Duit i-Lestari KWSP 2020 Bagi Bulan Jun buat panduan anda.

Tarikh Bayaran Duit i-Lestari KWSP Bagi Bulan Jun

Sedia maklum, pembayaran i-Lestari KWSP bagi bulan pertama telah dikreditkan ke akaun masing-masing pada 4 Mei 2020 yang lalu. Manakala bagi yang gagal dikreditkan ke akaun, anda perlu membuat kemaskini akaun bank secara online di Portal i-Lestari atau menerima Cek Jurubank daripada pihak KWSP.

Tarikh Bayaran Duit i-Lestari KWSP Bagi Bulan Jun

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Tarikh Pembayaran i-Lestari KWSP Bagi Bulan Jun yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa:

Tarikh Bayaran Pengeluaran i-Lestari KWSP

1. TERKINI: Tarikh pembayaran kedua i-Lestari KWSP pada bulan Jun 2020 telah dikreditkan ke akaun masing-masing mulai 1 Jun 2020.

Tarikh Bayaran Duit i-Lestari KWSP Bagi Bulan Jun


Konsep Am Pembayaran i-Lestari KWSP

1. Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja.

2. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di item (c).

3. Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira bermula dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.

Konsep am Pengeluaran i-Lestari adalah seperti berikut:

CONTOH SITUASI MUDAH

- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.

- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.

- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

Tempoh Pembayaran Pengeluaran i-Lestari KWSP

- Pengeluaran KWSP i-Lestari berkuatkuasa selama tempoh 1 tahun.

- Pencarum boleh mengeluarkan KWSP i-Lestari dari 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021.

- Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020.

- Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula dari tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.

Artikel Berkaitan:

👉 Semakan Duit Masuk i-Lestari KWSP Untuk Bulan Jun 2020

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila layari ke laman web www.epf.gov.my atau emel ke ilestari@epf.gov.my.

Semoga perkongsian Tarikh Bayaran i-Lestari KWSP Bagi Bulan Jun ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.