Semakan Status Telefon Pintar Percuma Bagi Pelajar Sekolah B40

Semakan Status Telefon Pintar Percuma Bagi Pelajar Sekolah B40|ANDA layak menerima telefon pintar percuma dari Yayasan YTL? Perhatian buat para pelajar sekolah dari keluarga B40 yang ingin membuat semakan status telefon pintar percuma dengan data 120GB. Berikut dikongsikan Semakan Status Telefon Pintar Percuma Bagi Pelajar Sekolah B40 buat panduan anda.

Semakan Status Telefon Pintar Percuma Bagi Pelajar Sekolah B40

Sedia maklum, Yayasan YTL dengan kerjasama YTL Communications telah menawarkan telefon pintar percuma kepada pelajar sekolah kerajaan dari keluarga B40 yang tidak memiliki telefon pintar atau peranti mudah alih bagi sesi pembelajaran di rumah. Setiap telefon pintar terbabit akan dilengkapi dengan kad SIM prabayar YES 4G dan pelan data sebanyak 120 GB bagi tempoh setahun.

Semakan Status Telefon Pintar Percuma Bagi Pelajar Sekolah B40

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Semakan Telefon Pintar Percuma termasuk syarat kelayakan permohonan:

Cara Semakan Status Telefon Pintar Percuma Online

A. Semakan Secara Online

1. Layari laman sesawang https://lcs.yes.my.

2. Pilih Inisiatif samaada "SIM Percuma Dengan Data", "Telefon Percuma Dengan SIM", "SIM Percuma ICSS" dan "SIM Percuma Universiti".

3. Masukkan No. Kad Pengenalan Ibu Bapa yang didaftarkan.

4. Kemudian, masukkan No. MyKid/ MyKad yang dicalonkan.

5. Klik pada butang "Hantar" untuk membuat semakan status permohonan anda.

Semakan Status Telefon Pintar Percuma Bagi Pelajar Sekolah B40

B. Semakan Menerusi Emel

1. Anda akan dimaklumkan status permohonan menerusi emel. Ibu bapa akan turut menerima emel berkaitan proses pendaftaran.

2. Ibu bapa perlu mengikuti proses pendaftaran serta memuat naik beberapa maklumat seperti berikut:

- 1 salinan MyKad/MyKid pelajar
- 1 salinan MyKad ibubapa
- Surat Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai bukti status B40 atau dokumen sah yang boleh membuktikan status B40

3. Pastikan ibu bapa mengisi borang pendaftaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima e-mel.

Syarat Kelayakan Telefon Pintar Percuma Dengan Data 120GB

Antara Syarat Kelayakan Telefon Pintar Percuma adalah seperti berikut:

1. Pelajar yang dicalonkan mestilah terdiri daripada mereka yang bersekolah di sekolah kebangsaan sama ada di peringkat rendah atau menengah.
2. Pelajar tersebut mestilah tergolong dalam keluarga B40.

Pendaftaran Telefon Pintar Percuma Pelajar B40 Online

Sebelum mencalonkan murid, sila pastikan murid adalah daripada keluarga B40:

1. Anda perlu mendapatkan kebenaran daripada ibubapa murid yang hendak dicalonkan dan kumpulkan maklumat berikut:
i. Nombor MyKid/MyKad murid
ii. Nombor MyKad Ibubapa
iii. Status B40 ibubapa daripada Portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

2. Layari Portal BPN Hasil secara online di pautan https://bpn.hasil.gov.my/ dan masukkan No. Kad Pengenalan Ibubapa dan klik pada butang "Semak".

3. Anda hendaklah mendaftarkan nama dengan mengisi borang permohonan secara online di https://appform.prod.frogdev.asia/ atau https://ytlfoundation.org/learn.

4. Lengkapkan maklumat pelajar dan ibu bapa serta butiran tambahan yang perlu disertakan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila menghubungi di:

YTL Foundation (421570-A)
Level 32, Menara YTL,
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Emel: ytlfoundation@ytl.com.my
Tel: +603 2038 0888
Fax: +603 2038 0388

Semoga perkongsian Semakan Status Telefon Pintar Percuma Bagi Pelajar Sekolah B40 ini dijadikan panduan buat para pelajar dan ibu bapa!

6 comments:

  1. Ank saya tak dpt lgi...

    ReplyDelete
  2. Macam mana nombor telipon ibubapa telah ditukar serta Emil.

    ReplyDelete
  3. Kenapa anak saya belum dapat lagi

    ReplyDelete
  4. Knp saya tak berjaya memohon sedangkn saya golongan B40?hairan bin ajaib korang nie...hmmm...

    ReplyDelete
  5. Anak sy x dpt lg.sy x tahu mcm ane nk mohon

    ReplyDelete
  6. Anak sy x dpt lg.sy x tahu mcm ane nk mohon

    ReplyDelete

Powered by Blogger.