Semakan Status Kelulusan BKSS 3.0 Bagi Isi Rumah & Bujang B40

Semakan Status Kelulusan BKSS 3.0 Bagi Isi Rumah & Bujang B40|APAKAH status permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0? Berita baik buat rakyat negeri Sarawak khusus golongan Bujang B40 yang telah membuat permohonan BKSS 3.0. Untuk makluman anda, semakan status permohonan BKSS 3.0 boleh dibuat secara online menerusi Portal LHDN. Berikut dikongsikan Semakan Status Kelulusan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 buat panduan anda.

Semakan Status Kelulusan BKSS 3.0 Bagi Isi Rumah & Bujang B40

Sedia maklum, Kerajaan Sarawak akan memberi bayaran tunai secara one-off iaitu sekali sebanyak RM500 kepada 377,806 individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan. Manakala, isi rumah yang tidak tersenarai dalam BKSS akan menerima bayaran sebanyak RM1,500. Bayaran BKSS 3.0 akan dibuat kepada individu Bujang B40 mulai 15 Jun 2020 dengan jumlah bayaran sebanyak RM500 secara one-off.

Semakan Status Kelulusan BKSS 3.0 Bagi Isi Rumah & Bujang B40

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Semakan Status BKSS 3.0 termasuk tarikh dan jumlah bayaran:

Semakan Status Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 Online

1. Semakan status permohonan BKSS 3.0 boleh dibuat secara atas talian di Laman Web LHDN menerusi pautan di https://bpn.hasil.gov.my

2. Masukkan No. Kad Pengenalan yang disahkan dan klik pada butang "Cari".

Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0

- Bayaran BKSS 3.0 akan dibuat kepada individu Bujang B40 mulai 15 Jun 2020 dengan jumlah bayaran sebanyak RM500 secara one-off.

Cara Pembayaran BKSS 3.0

1. Bagi yang mempunyai akaun bank berdaftar dengan LHDN bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima.

2. Bagi yang tidak mempunyai akaun bank yang berdaftar dengan LHDN, bayaran secara tunai boleh dituntut di Pejabat Bahagian, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Rayuan BKSS 2020 Isi Rumah dan Bujang

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di talian 082-555-999 atau emel di 555999@sarawak.gov.my

Semoga perkongsian Semakan Status Kelulusan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 Bagi Bujang B40 ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.