Cara Mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) RM300 Di JPW

Cara Mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) RM300 Di JPW|ADAKAH anda ingin daftar Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT)? Berita baik buat ibu tunggal yang berkelayakan membuat permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300. Berikut dikongsikan Cara Mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 Di JPW buat panduan anda.

Cara Mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) RM300 Di JPW

Sedia maklum, menerusi pengumuman kerajaan dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara Kerajaan atau PENJANA, kerajaan juga sentiasa mengambil berat akan kebajikan kumpulan sasar seperti OKU dan ibu tunggal. Oleh itu, 190,000 ribu golongan orang kurang upaya (OKU) dan 150,000 ibu tunggal yang disenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bakal terima bantuan sebanyak RM300 secara one-off.

Cara Mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) RM300 Di JPW

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 Online termasuk syarat kelayakan permohonan:

Pendaftaran Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 Online

1. Menerusi Portal Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), pendaftaran Bantuan Khas Ibu Tunggal mengikut negeri menerusi laman web Jabatan Pembangunan Wanita di https://www.jpw.gov.my/ibu-tunggal-penjana/

2. Isikan borang permohonan dengan lengkap mengikut negeri pemohon.

3. Pemohon perlu log masuk ke akaun google untuk mengisi borang permohonan.

Info Penting:
*Sebarang makluman mengenai Bantuan Khas Ibu Tunggal akan dikemaskini di Laman Web dan Facebook JPW.

Bantuan JKM RM300 One-off Bagi Ibu Tunggal Dan OKU

Menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), kerajaan Malaysia mengumumkan seramai 300,000 OKU termasuk ibu tunggal tersenarai dengan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) layak terima bayaran one-off RM300 dibayar sebelum Aidiladha tahun 2020.

Cara Mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) RM300 Di JPW

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Khas Ibu Tunggal, mereka boleh melayari laman web Jabatan Pembangunan Wanita di https://www.jpw.gov.my/.

Pemohon juga boleh terus menghubungi Jabatan Pembangunan Wanita di talian 03-8323 1000 atau terus ke alamat:

Jabatan Pembangunan Wanita,
Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat,
Aras 23-25, No.55, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya.

Semoga perkongsian Cara Mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 Di JPW ini dijadikan panduan dan bermanfaat buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.