Cara Daftar i-Saraan KWSP 2024 (Untuk Bekerja Sendiri Dan Suri Rumah)

Cara Daftar i-Saraan KWSP Untuk Bekerja Sendiri Dan Suri Rumah|ADAKAH anda ingin daftar i-Saraan KWSP bagi tahun 2024? Berita baik buat anda bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap dan suri rumah yang ingin membuat pendaftaran caruman i-Saraan KWSP secara sukarela. Berikut dikongsikan Cara Daftar i-Saraan KWSP 2024 Untuk Bekerja Sendiri Dan Suri Rumah buat panduan anda.

Cara Daftar i-Saraan KWSP Untuk Bekerja Sendiri Dan Suri Rumah

Sedia maklum, Insentif Persaraan atau mudah dikenali sebagai i-Saraan merupakan program caruman sukarela KWSP dengan insentif untuk golongan yang bekerja sendiri atau suri rumah. Ciri utama kemudahan itu adalah pemberian insentif khas kerajaan sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setiap tahun kepada ahli di bawah umur 55 tahun yang mencarum dalam program ini.

Cara Daftar i-Saraan KWSP 2024 (Untuk Bekerja Sendiri Dan Suri Rumah)

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Daftar i-Saraan KWSP secara online termasuk syarat kelayakan permohonan dan manfaat i-Saraan KWSP:


Permohonan i-Saraan KWSP Tahun 2024 Online

1. Pendaftaran i-Saraan KWSP boleh dibuat dengan muat turun borang permohonan dan perlu disertakan seperti berikut:

◼️Lengkapkan borang & hadir ke cawangan KWSP (Bawa bersama kad pengenalan)
◼️Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
◼️Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)

Syarat Kelayakan i-Saraan KWSP 2024

Antara Syarat Kelayakan i-Saraan KWSP adalah seperti berikut:

1. Mestilah warganegara Malaysia
2. Individu yang bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap, suri rumah dan pekerja berpencen
3. Ahli KWSP
4. Berumur 55 tahun ke bawah
5. Telah membuat pilihan i-Saraan (Menghantar borang KWSP 16G (M))

Senarai Golongan Yang Di Dalam Bekerja Sendiri

1. Petani/ nelayan/ pemandu teksi
2. Pengasuh Bayi
3. Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
4. Ejen menerima komisen (ejen insurans, ejen hartanah)
5. Freelancer (menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, pelakon, penyanyi, jurulatih kesihatan, perunding)
6. Pemilik perniagaan dalam talian
7. Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan
8. Pemilik praktis sendiri (peguam, akauntan, doktor)
9. Suri rumah
10. Pekerja Berpencen

Cara Daftar i-Saraan KWSP Untuk Bekerja Sendiri Dan Suri Rumah

i-Saraan KWSP PENJANA

Menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM50 juta bagi menyokong rangka perlindungan sosial bagi ekonomi gig dan menggalakkan pekerja sektor berkenaan untuk menyimpan demi masa hadapan. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berharap insentif geran padanan diberikan kerajaan menerusi PENJANA bagi ekonomi gig akan mendorong lebih ramai pekerja sektor berkenaan mencarum dalam program i-Saraan.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan i-Saraan, sila layari laman web KWSP di https://www.kwsp.gov.my.

Semoga perkongsian Cara Daftar i-Saraan KWSP Untuk Bekerja Sendiri Dan Suri Rumah ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.