Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan: Nikmati Elektrik Percuma Mulai April Hingga Jun 2020

Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan: Nikmati Elektrik Percuma Mulai April Hingga Jun 2020|APA itu Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan? Perhatian buat anda rakyat Malaysia yang berkelayakan menerima Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan. Berikut dikongsikan Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan: Nikmati Elektrik Percuma Mulai April Hingga Jun 2020 buat panduan anda.

Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan: Nikmati Elektrik Percuma Mulai April Hingga Jun 2020

Sedia maklum, Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan merupakan bantuan tambahan kepada diskaun bil elektrik yang diumumkan sebelum ini. Pengguna yang terbabit akan mendapat bekalan elektrik percuma bagi bulan April, Mei dan Jun yang akan dikreditkan ke dalam bil pengguna pada Julai dalam bentuk rebat. 52.2 peratus pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan kurang RM77 atau penggunaan bawah 300kWj, akan menikmati bekalan elektrik percuma selama tiga bulan. Kerajaan turut menyediakan diskaun tambahan 8% kepada pengguna elektrik dalam blok tarif di antara 601-900kWj dengan bil elektrik di antara RM232.35 hingga RM395.60.

Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan: Nikmati Elektrik Percuma Mulai April Hingga Jun 2020

Berikut dikongsikan maklumat meliputi semakan kelayakan Bantuan Prihatin Elektrik termasuk senarai bantuan dan kaedah penyaluran:

Kaedah Penyaluran Bantuan Prihatin Elektrik

Pengguna yang terbabit akan mendapat bekalan elektrik percuma bagi bulan April, Mei dan Jun yang akan dikreditkan ke dalam bil pengguna pada Julai dalam bentuk rebat.

Jumlah Peruntukan Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluluskan Bantuan PRIHATIN Elektrik Tambahan dalam kategori domestik di Semenanjung berjumlah RM942 juta bagi mengurangkan beban pengguna elektrik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Senarai Bantuan Elektrik Prihatin Tambahan

1. Pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan kurang RM77 atau penggunaan bawah 300kWj, akan menikmati bekalan elektrik percuma selama tiga bulan.

2. Bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik lebih 300kWj sebulan pula akan menerima potongan bil sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan bagi bulan April, Mei dan Jun 2020 dan bayaran itu juga akan dikreditkan semula dalam bil Julai.

3. Pengguna blok tarif di antara RM232.35 hingga RM395.60 akan menerima diskaun tambahan sebanyak 8 peratus.Ini berbanding hanya 2 peratus yang dinikmati sejak April dengan jumlah pengguna yang terbabit seramai 916,000 orang.

4. TNB setuju menghentikan aktiviti pemotongan elektrik hingga 30 September

Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan: Nikmati Elektrik Percuma Mulai April Hingga Jun 2020

Tempoh Pelaksanaan Bantuan Prihatin Elektrik

- Mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020

Semoga perkongsian Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan: Nikmati Elektrik Percuma Mulai April Hingga Jun 2020 ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.