Semakan MYTV 2020 Online Nama Penerima Dekoder Percuma

Semakan MYTV 2020 Online Nama Penerima Dekoder Percuma|ADAKAH anda berkelayakan menerima set dekoder MYTV secara percuma? Berita baik buat anda isi rumah B40 dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang ingin membuat semakan nama Penerima dekoder MYTV secara percuma. Untuk makluman anda, kini semakan status dekoder percuma MYTV boleh dibuat secara online selewat-lewatnya 31 Mei 2020 menerusi Portal Rasmi MYTV.

Semakan MYTV 2020 Online Nama Penerima Dekoder Percuma

Sedia maklum, penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Nasional berkelayakan untuk menerima dekoder MYTV secara percuma. MyFreeview merupakan jenama perkhidmatan TV digital percuma Malaysia yang menawarkan saluran TV dan radio tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Semakan MYTV 2020 Online Nama Penerima Dekoder Percuma

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Semakan Status Set Dekoder Percuma MYTV beserta cara tuntutan MYTV:

Cara Semakan Dekoder Percuma MYTV Online

1. Layari di Portal Rasmi MYTV Broadcasting secara online menerusi pautan di https://status.mytvbroadcasting.my

2. Dibahagian utama terdapat dua kategori iaitu Isi Rumah B40 dan OKU yang berdaftar dengan KKMM.

3. Kemudian, klik pada butang ‘Isi Rumah B40’. Masukkan No. Kad Pengenalan yang disahkan untuk membuat semakan kelayakan anda.

Semakan MYTV 2020 Online Nama Penerima Dekoder Percuma

4. Klik pada butang "SEMAK". Bagi yang berjaya dapat MYTV akan dipaparkan status ‘TAHNIAH’.

5. Anda perlu membuat kemaskini maklumat dengan lengkap. 

6. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat, klik pada butang ''Hantar".

Senarai Siaran MYTV Percuma Yang Ditawarkan

MYTV menyediakan siaran-siaran percuma untuk saluran TV termasuk saluran radio yang tersenarai seperti berikut:

TV1 (HD)
TV2 (HD)
TV Okey
RTM Sports HD
RTM Bes HD
TV3 (HD)
CJ Wow Shop (Melayu)
CJ Wow Shop (Cina)
NTV7
8TV
TV9
TV Al-Hijrah (HD)
Bernama News Channel
Nasional FM
Traxx FM
Minnal FM
Ai FM
Klasik FM
Asyik FM

Cara Menuntut Dekoder Percuma MYTV

*Akan dikemaskini

Semoga perkongsian Semakan MYTV 2020 Online Nama Penerima Dekoder Percuma ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.