Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2020 RMR Online (Semakan Status)

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2020 RMR Online (Semakan Status)|ANDA ingin memiliki rumah idaman sendiri? Berita baik buat anda golongan berpendapatan rendah dan tidak memiliki rumah idaman sendiri yang ingin membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB tahun 2020. Untuk makluman anda, permohonan Rumah Mesra Rakyat 2020 boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2020 RMR Online (Semakan Status)

Program Rumah Mesra Rakyat SPNB diwujudkan bertujuan membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah sendiri atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2020 RMR Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat meliputi cara permohonan Rumah Mesra Rakyat beserta syarat kelayakan permohonan, ciri rekabentuk rumah dan semakan status:

Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat RMR 2020 Online

1. Layari Laman Web Rasmi SPNB secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://rmr.spnbonline.com.my

2. Isikan borang pendaftaran login dengan lengkap.

3. Gunakan login ID (emel) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan.

4. Isikan maklumat borang permohonan dengan lengkap. Klik "Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang".

5. Hantarkan borang permohonan beserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan.

Syarat Kelayakan Rumah Mesra Rakyat SPNB 2020

Antara Syarat Kelayakan Rumah Mesra Rakyat SPNB 2020 adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia
2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
3. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
5. Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut
6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
Tertakluk kepada peruntukan kewangan

Senarai Dokumen Penting Yang Diperlukan

1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
2. Salinan kad pengenalan tuan tanah
3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
4. Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
5. Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
6. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
8. Salinan sijil nikah pemohon
9. Borang laporan tapak bergambar

Semakan Status Rumah Mesra Rakyat SPNB 2020 Online

*Akan dikemaskini

Ciri-Ciri Rumah Mesra Rakyat SPNB

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2020 RMR Online (Semakan Status)

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan SJKP 2020 (Skim Jaminan Kredit Perumahan)

Cara Hubungi

Ada sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan SPNB, sila layari ke Laman Web Rasmi di http://www.spnbmesra.com.my/ atau:

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
Emel: aduan@spnb.com.my
No. Faks: 603-2681 0170

Semoga perkongsian Permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB tahun 2020 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.