Permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 Untuk Isi Rumah & Bujang RM500

Permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 Untuk Isi Rumah dan Bujang RM500|BILAKAH tarikh permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 bakal dibuka? Berita baik buat rakyat negeri Sarawak yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Berikut dikongsikan Cara Permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 buat rujukan anda.

Permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 Untuk Isi Rumah & Bujang RM500

Sedia maklum, kerajaan negeri Sarawak akan meneruskan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 (BKSS) khas kepada ketua isi rumah dan golongan bujang yang terkesan akibat pelaksanaan PKP. Kerajaan Sarawak akan memberi bayaran tunai secara one-off iaitu sekali sebanyak RM500 kepada 377,806 individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan. Manakala, isi rumah yang tidak tersenarai dalam BKSS akan menerima bayaran sebanyak RM1,500.

Permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 Untuk Isi Rumah dan Bujang RM500

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 termasuk memaparkan jumlah bayaran dan semakan status:

Cara Permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 Online

1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di laman web https://www.sarawak.gov.my/web/home/bkss_form/. Permohonan juga boleh dibuat dengan cara mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun dari laman sesawang https://www.sarawak.gov.my/ atau permohonan secara atas talian SAHAJA.

2. Isikan maklumat borang permohonan dengan lengkap.

3. Setelah selesai mengisi borang permohonan, sila klik pada butang "Hantar".

Info Penting:
*Bagi penerima yang mempunyai akaun akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing manakala penerima yang tiada akaun akan disalurkan melalui Pejabat Cawangan Perbendaharaan Negeri yang berdekatan.

Senarai Bantuan Kerajaan Negeri Sarawak

Berikut dikongsikan Senarai Bantuan Kerajaan Negeri Sarawak:

LANGKAH 1: INSENTIF UNTUK KETUA ISI RUMAH B40 TERMASUK BUJANG BERUMUR 21 TAHUN KE ATAS YANG BERPENDAPATAN RM2,000 SEBULAN DAN KE BAWAH DI SARAWAK

Dalam pengumuman BKSS 1.0 sebelum ini, Ketua Isi Rumah kategori B40 di Sarawak yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah diberi bantuan tunai bulanan sebanyak RM250 selama 6 bulan.

Pada masa yang sama, Kerajaan Sarawak telah menerima banyak maklum balas daripada Ketua Isi Rumah yang layak tetapi tidak tersenarai dalam BKSS 1.0. Sehubungan ini, Kerajaan Sarawak telah membuka peluang bagi Ketua Isi Rumah yang layak untuk membuat rayuan secara atas talian atau melalui Pejabat Daerah yang berhampiran mulai 18 April sehingga 28 April 2020.

Berdasarkan rayuan tersebut, saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa Kerajaan Sarawak akan menyalurkan bantuan pembayaran secara tunai sebanyak RM1,500 kepada anggaran 30,000 Ketua Isi Rumah yang sebelum ini tidak tersenarai di bawah BKSS 1.0.

Saya juga dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa Kerajaan Sarawak akan memberi bayaran tunai secara one-off iaitu sekali sebanyak RM500 kepada 377,806 individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan. Langkah ini dijangka akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM234.0 juta.

LANGKAH 2: TAMBAHAN UNTUK GERAN KHAS RM750 KEPADA PENJAJA DAN PENIAGA KECIL YANG BERDAFTAR DENGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MELALUI SARAWAK PAY

Dalam BKSS 2.0, saya telah mengumumkan Geran Khas berjumlah RM1,500 kepada para penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan yang akan dibayar secara 2 peringkat iaitu RM750 pada bulan Mei dan RM750 pada bulan Julai 2020.

Memandangkan para penjaja dan peniaga kecil merupakan golongan yang paling terkesan oleh wabak ini, sukacita saya mengumumkan Kerajaan Sarawak akan menambah Geran Khas ini selama sebulan lagi iaitu sebanyak RM750 kepada mereka.

Dengan tambahan ini, setiap penjaja dan peniaga kecil akan menerima secara keseluruhannya sejumlah RM2,250 melalui Geran Khas ini. Saya berharap tambahan sebulan lagi akan membantu golongan ini yang terjejas dari segi pendapatan pada masa ini. Bantuan Geran Khas ini akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM48.75 juta.

LANGKAH 3: ELAUN BULANAN KHAS PETUGAS BARISAN HADAPAN YANG MENANGANI WABAK COVID-19 DI SARAWAK

Dalam BKSS 1.0, saya telah mengumumkan Elaun Bulanan Khas kepada petugas barisan hadapan yang menangani wabak COVID-19, iaitu kakitangan Perubatan, Imigresen dan PDRM, petugas Bilik Gerakan Negeri, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan anggota RELA sebagai penghargaan atas sumbangan dan pengorbanan mereka.

Kerajaan Sarawak juga amat menghargai sumbangan dan pengorbanan anggota barisan hadapan lain yang turut terlibat secara langsung dalam pengurusan wabak COVID-19 dan terdedah kepada risiko jangkitan semasa menjalankan tugas di Sarawak. Dalam hal ini, saya telah bersetuju supaya Elaun Bulanan Khas kepada petugas barisan hadapan sebanyak RM200 untuk enam bulan juga di kepada:

1. 358 anggota Kastam DiRaja Malaysia yang menjalankan tugas di semua pintu masuk sempadan, pelabuhan dan lapangan terbang di seluruh Sarawak
2. 870 kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan yang membantu melaksanakan tugas perkhidmatan kecemasan, kerja-kerja pemeriksaan dan sanitasi di seluruh Sarawak
3. 887 anggota BOMBA dan Penyelamat dalam menjalankan perkhidmatan kecemasan dan kerja-kerja sanitasi, khususnya di kawasan berisiko tinggi; dan
500 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang membantu pihak PDRM dan ATM dalam memastikan pelaksanaan PKP dipatuhi sepenuhnya.

Kerajaan Sarawak akan membelanjakan RM3.2 juta untuk membayar Elaun Bulanan Khas ini.

LANGKAH 4: INSENTIF UNTUK PEMILIK DAN PENGENDALI PENAMBANG YANG BERDAFTAR DENGAN LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK (SRB)

Kerajaan Sarawak prihatin dengan nasib pengusaha penambang. Oleh itu, bantuan tunai secara one-off iaitu sekali sebanyak RM500 akan diberi kepada pemilik dan pengendali penambang berdaftar di Sarawak. Bantuan ini akan memberi manfaat kepada 199 pemilik dan pengendali penambang dan diharap dapat mengurangkan beban kewangan mereka. Langkah ini akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM99,500.

LANGKAH 5: INSENTIF UNTUK PENGENDALI VAN PENUMPANG, PEMANDU TEKSI, PENGENDALI BAS DAN VAN SEKOLAH YANG BERDAFTAR DI SARAWAK

Kerajaan Sarawak amat prihatin dengan kehilangan punca pendapatan pengendali van penumpang, pemandu teksi, pengendali bas dan van sekolah yang berdaftar di Sarawak akibat wabak ini.

Kerajaan Sarawak menghargai sumbangan mereka dalam membantu urusan seharian kita. Mereka menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada pelajar – pelajar sekolah kita, para pelawat dan pelancong yang datang ke Sarawak dan rakyat tempatan yang memerlukan perkhidmatan pengangkutan.

Oleh yang demikian, Kerajaan Sarawak akan menyediakan bantuan kewangan secara one-off iaitu sekali sebanyak RM600 kepada 959 pengendali van penumpang, 1,976 pemandu teksi dan 739 pengendali bas dan van sekolah yang berdaftar di Sarawak. Bantuan ini akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM2.20 juta.

LANGKAH 6: GERAN KHAS KEPADA PEMANDU PELANCONG DAN PEMANDU PELANCONG TAMAN NEGARA YANG BERLESEN

Industri pelancongan merupakan industri yang paling terjejas akibat wabak COVID-19. Perkara ini telah menyebabkan agensi pelancongan di Sarawak kehilangan sumber pendapatan kerana pembatalan lawatan oleh pelancong dan tidak ada tempahan untuk 6 bulan yang akan datang.

Oleh yang demikian, Pemandu Pelancong dan Pemandu Pelancong Taman Negara di Sarawak turut terkesan akibat situasi ini dan ramai mungkin akan hilang pekerjaan dan punca pendapatan.

Bagi meringankan beban kewangan mereka, Kerajaan Sarawak akan memberi Geran Khas secara one-off iaitu sekali sebanyak RM1,500 kepada 145 Pemandu Pelancong dan 113 Pemandu Pelancong Taman Negara yang berdaftar di Sarawak. Pemberian Geran Khas ini akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM387,000.

LANGKAH 7: PERKHIDMATAN CAWANGAN BANK BERGERAK BSN YANG DILENGKAPI DENGAN MESIN ATM MEPS KE KAWASAN LUAR BANDAR

Untuk meringankan beban rakyat terutama golongan berpendapatan rendah:

(1) Kerajaan Sarawak telah memberi bantuan tunai melalui Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS); manakala

(2) Kerajaan Persekutuan pula melalui Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Semakan Status Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0

*Akan dikemaskini

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Geran Khas Prihatin RM3000 PKS Mikro
👉 Permohonan Rayuan BKSS 2020 Isi Rumah dan Bujang

Cara Hubungi

Ada sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di talian 082-555-999 atau emel di 555999@sarawak.gov.my

Semoga perkongsian Permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 Untuk Isi Rumah dan Bujang RM500 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

24 comments:

  1. BKSS 3.0 bujang bayar one off trus dkreditkan akaun bank atau nerima secara tunai

    ReplyDelete
  2. mcm ney mok mohon tok. Xda link ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auk..camne mauk isi?

      Delete
    2. baca bna2 . nya ada pdh di sia akan di kemas kini.. bisaaaa palakkk.

      Cara Permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 Online
      *Akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

      Delete
    3. hahahhahahahhahahaa

      Delete
  3. Bapa Saya penerima bsh,b40,tdk bkeja
    Tapi cek akaun,belum msuk duit rm250
    Dah brapa Kali dah cek pun tade.
    Macam Mana ya.tlg bagitau saye

    ReplyDelete
  4. Mcm xda jak...free mask padah dolok pun xda........

    ReplyDelete
  5. Kmk golongan b40 pun xda juak,pd hal kmk pnerima bsh januari 2020..da cb tlpn sidak bkss pun tp ny mdh xda t'senarai dlm bkss ya,pelik juak...adoh!!

    ReplyDelete
  6. Camne link pun xdo . Nak po namo Tuk jang.

    ReplyDelete
  7. Tggu d kemaskini dalam masa terdekat.. bacalah sampey abis..haiya..lepas cdak kemas kini baruk ada link...

    ReplyDelete
  8. bila tarikh di agihkan yg bujang 500

    ReplyDelete
    Replies
    1. 15 jun tok duit bujang masuk akaun u uu..ohh haa..500 u..u..rezeki covid19 + pkp..!!

      Delete
    2. Mintak pencerahan ,sapa2 yg tau dn arif pasal masalah sbesar semut ku tk,molahku jdi pusing lohh..pasal permohonan bkss 3.0 bjg..dah 3kali ku apply online,..asal submit jk,kluar redmark brtauk 'nama anda telah ada dlm sistem semakan'..so,dlm otak ku brtauk pelbagai kmungkinan xpasti btul x nk ku fikir2 smpey knek tk..1-aku xperlu submit form gk sbab auto dh ada dlm system lhdn..mybe lulus kli..(nyenang ati konon)..ke2-molahku confiused jk pasal madah perlu juak mok apply..(3x apply xpat submit form,)molah ku malas gk mikir bgus pasal bkss tk..(4me,)smething bad was hppen,juz look n see.. N no3 nya-bila time mok check status,ujong2 status xda dlm rekod prmohonan bgi pihak cdaknya lak..klau cmya trjdi,bguslh..xku itok mcm tk,slgi blum ada jawaban n pencerahan pasal masalah ku brtauk ya..hehe..lastly,best xbaca ku pn novel tok..huhu

      Delete
  9. Mok nanyak untuk bujang dlm BKSS 3.0 iya perlu apply gik kah or otomatik dri data penerima BSH bln januari riya?

    ReplyDelete
  10. Link nya lah yg wrna biru tu.. Part CARA MEMOHON SECARA ONLINE

    ReplyDelete
  11. Kenapa ye smpai skrg duit rm250 tu tak masuk2 lagi??ke suami sy tak layak.tapi suami penerima bsh dan bpn 2020...

    ReplyDelete
  12. Saya dah buat Bulan 5 lagi permohonan tapi kenapa kat situ kata lagi dikemaskini

    ReplyDelete
  13. tok dah 17hb jun ni tuju bantuan yaaa apa lancauu

    ReplyDelete
  14. Tok dh 17 jun ni tuju bkss 3.0 yaa..tek palat

    ReplyDelete
  15. BKSS BUJANG RM500 mcm janji kosong..............................................................

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Bodoh pnya kerajaan sarawak...permohonan dah di hantar...status berjaya di hantar...tapi bila semak keputusan...rekod pemohon tk di temui....bodoh..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.