Semakan BPN Pelajar: IPT, Universiti & Politeknik

Semakan BPN Pelajar: IPT, Universiti dan Politeknik|BAGAIMANA cara membuat permohonan dan semakan BPN Pelajar? Perhatian buat para pelajar yang masih atau sedang menuntut di Universiti Awam, IPTS, Kolej Komuniti dan Politeknik. Berikut dikongsikan Semakan Bantuan Prihatin Nasional Pelajar 2020 buat rujukan anda.

Semakan BPN Pelajar: IPT, Universiti & Politeknik

Sedia maklum, Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi pelajar berjumlah RM200 secara one-off yang akan diterima oleh pelajar IPT dibawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan kementerian yang berkaitan di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk Kolej Komuniti, Politeknik, Universiti Awam (UA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).

Semakan BPN Pelajar: IPT, Universiti dan Politeknik

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Bantuan Prihatin Nasional Pelajar termasuk syarat kelayakan, semakan status kelayakan dan tarikh pembayaran:

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan BPN Pelajar

Pelajar-pelajar yang memenuhi semua kriteria berikut layak menerima Bantuan
One-Off :

1. Warganegara Malaysia; dan
2. Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa pada 31 Mac 2020 di institusi pendidikan di Malaysia seperti berikut:
• Pelajar IPT di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan kementerian yang berkaitan di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk Kolej
Komuniti, Politeknik, Universiti Awam (UA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS);
• Pelajar institusi pendidikan yang setara dengan Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama (STAM), Diploma Kolej Vokasional, Diploma dan setara institusi TVET, Matrikulasi, Pengajian Asas
(Foundation), Asasi, A-Level, International Baccalaureate Diploma, Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda dan setaraf, Sarjana dan setaraf, Doktor Falsafah dan
setaraf, serta kursus bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia;
• Pelajar IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa.
• Pelajar IPT diploma atau setara termasuk pelajar sepenuh masa SKM4 dan ke atas di institusi di bawah seliaan Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pembangunan Luar Bandar/ MARA.

Semakan Status Kelayakan BPN Pelajar

Pelajar diminta menghubungi Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit
Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di institusi masing-masing untuk
mengemaskini dokumen / maklumat-maklumat berikut:

i. Salinan kad pengenalan
ii. Nombor akaun bank dan nama bank
iii. Salinan penyata / buku bank (muka surat yang mempunyai nombor akaun bank); dan
iv. Nombor telefon bimbit / emel

Cara BPN Disalurkan Kepada Pelajar

Bantuan akan disalurkan kepada pelajar yang layak melalui akaun bank masing-masing (sekiranya memenuhi syarat-syarat di perkara no.2 di atas) mulai hujung bulan April 2020 oleh institusi masing-masing. Semakan boleh dibuat di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di Institusi masing-masing.

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang soalan lanjut, Kementerian dan Agensi seliaan bertanggungjawab boleh dihubungi seperti berikut:

Kementerian Pengajian Tinggi (Pelajar IPTA/ IPTS): 03 – 8870 6777, 03 – 8870 6949, 03 – 8870 6628, 03 – 8870 6623, 03 – 8870 6124

Kementerian Pendidikan Malaysia Pelajar Matrikulasi, Tingakatan 6 dan setaraf: 03 – 8884 9383, 03 – 8888 6749, 03 – 8884 9325, 03 – 8884 9401

Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Pelajar MARA: 03 – 8891 2078, MARA Call Center: 03 – 2613 2000

Kementerian Belia dan Sukan Pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara: 03 – 8871 3773, 03 – 8871 3434, 03 – 8871 3506

Kementerian Pertanian dan Industri Asas
Pelajar Diploma Kemahiran Malaysia: 03 – 8870 1663, 03 – 8870 1664, 03 – 8870 1307

Kementerian Sumber Manusia Pelajar diploma atau setara termasuk pelajar
sepenuh masa SKM4 dan ke atas: 03 – 8889 2359, 03 – 8886 2409, 03 – 8890 3404, 03 – 8886 2352, 03 – 8888 9111

Semoga perkongsian Semakan BPN Pelajar: IPT, Universiti dan Politeknik ini dijadikan rujukan buat para pelajar!

No comments

Powered by Blogger.