Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP 2020 Online (Semakan Status)

Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP 2020 Online (Semakan Status)|ANDA ingin membuat permohonan baharu pengeluaran i-Lestari KWSP? Berita baik buat pencarum KWSP kini anda boleh membuat permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP secara online tanpa perlu menggunakan i-Akaun atau beratur di Kiosk KWSP. Untuk makluman anda, permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi laman sesawang https://ilestari.kwsp.gov.my/.

Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP 2020 Online (Semakan Status)

Sedia maklum, pengeluaran wang simpanan KWSP akaun kedua dijangka akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing mulai 4 Mei 2020.

Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP 2020 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP termasuk syarat kelayakan permohonan dan semakan status permohonan:

Cara Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Online

1. Layari laman sesawang i-Lestari di https://ilestari.kwsp.gov.my/

2. Pilih ‘Permohonan Baharu’.

3. Isikan Nama Penuh, No. MyKad, No. Telefon Bimbit, Alamat E-mel, Alamat dan Poskod.

4. Pilih jumlah ‘Amaun Dimohon Sebulan (RM).

5. Pilih ‘Bank’ dan masukkan ‘Nombor Akaun Bank (Simpanan/Semasa) Aktif’.

6. Tanda pada kotak pengesahan pengakuan pemohon.

7. Baca dan fahami Perakuan Pemohon dan tekan butang SETUJU.

8. Pastikan semua maklumat yang diisi adalah BETUL dan TEPAT sebelum menekan butang HANTAR.

9. Pemohonan pengeluaran anda telah berjaya dihantar.

Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP 2020 Online (Semakan Status)

Syarat Kelayakan Pengeluaran i-Lestari KWSP

Antara Syarat Kelayakan Pengeluaran i-Lestari KWSP adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia.
2. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2.
3. Berumur 55 tahun kebawah.

Semakan Status Pengeluaran i-Lestari KWSP Online

1. Pilih ‘Semak Status Permohonan’.

2. Masukkan Nombor MyKad, Nombor Telefon Bimbit dan tekan ‘Semak’.

3. Status permohonan akan dipaparkan bagi tujuan semakan.

Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP 2020 Online (Semakan Status)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau makluman lanjut, sila layari ke laman web www.epf.gov.my atau emel ke ilestari@epf.gov.my.

Semoga perkongsian Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.