Permohonan Pengeluaran Duit ASB Online Melalui MyASNB

Permohonan Pengeluaran Duit ASB Online Melalui MyASNB|ADAKAH anda mempunyai akaun simpanan ASB? Berita baik buat pemegang ASB yang kini ASB membolehkan pelabur membuat permohonan pengeluaran ASB RM500 sebulan secara online. Untuk makluman anda, permohonan pengeluaran duit ASB boleh dibuat secara online mulai 20 April 2020 menerusi Laman Web Rasmi MyASB.

Permohonan Pengeluaran Duit ASB Online Melalui MyASNB

Sedia maklum, had pengeluaran secara dalam talian ialah RM500 sebulan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB anda. Bilangan jualan balik dihadkan sebanyak maksimum 3 kali bagi setiap satu (1) bulan kalendar.

Permohonan Pengeluaran Duit ASB Online Melalui MyASNB

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Permohonan Pengeluaran Duit ASB secara online melalui MyASNB:

Cara Permohonan Pengeluaran Duit ASB Online

1. Log in ke laman web MyASNB https://www.myasnb.com.my/

Permohonan Pengeluaran Duit ASB Online Melalui MyASNB

2. Klik pada butang ‘Portfolio’ dan ‘Transaksi’ yang dikehendaki. Pilih ‘Jualan Balik’.

3. Kemudian, pastikan maklumat bank anda betul dan klik ‘Seterusnya’.

4. Baca tanda kotak pengisytiharan dan klik pada ‘Seterusnya’.

5. Selepas itu, masukkan amaun, tandakan kotak pengisytiharan dan klik ‘Seterusnya’.

6. Semak semula butiran bank anda di notifikasi dan klik ‘Teruskan’.

7. Klik ‘Permintaan TAC’ dan klik pada ‘Seterusnya’.

8. Tahniah transaksi pengeluaran ASB anda telah berjaya!

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan myASNB, sila menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03- 7730 8899

Semoga perkongsian Permohonan Pengeluaran Duit ASB Online Melalui MyASNB ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.