Permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ 2020 (Semakan Status)

Permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ 2020 (Semakan Status)|ANDA berkelayakan membuat permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ 2020? Perhatian buat golongan B40 dan berpendapatan rendah yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ 2020. Untuk makluman anda, permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ 2020 kini telah dibuka dibuat secara online bermula 1 April 2020 menerusi Laman Web Rasmi https://musaadahkhaira.zakat.com.my.

Permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ 2020 (Semakan Status)

Permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ 2020 (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ beserta syarat kelayakan permohonan, dokumen penting, semakan status dan tarikh bayaran:

Cara Permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ 2020 Online

1. Permohonan boleh dibuat secara online mulai 1 April menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://musaadahkhaira.zakat.com.my/permohonan

Syarat Kelayakan Bantuan Musaadah Khaira PPZ 2020

Antara Syarat Kelayakan Bantuan Musaadah Khaira PPZ adalah seperti berikut:

1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 20 tahun dan ke atas sahaja.
2. Pemohon dalam Kategori B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM4,360 sebulan.
3. Pemohon merupakan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan ketika wabak COVID-19.
4. Permohonan hanya melalui atas talian sahaja dengan melayari musaadahkhaira.zakat.com.my.

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

1. Bukti Pengenalan Diri
Salinan Kad Pengenalan atau Polis/Tentera Pemohon. Bagi mereka yang mempunyai tanggungan, mohon lengkapkan butiran tanggungan.

2. Bukti Pendapatan
Bagi yang bekerja - slip pendapatan / pengesahan pendapatan / pengesahan pemberhentian kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan.

3. Bukti Perniagaan
Bagi Peniaga/Penjaja Kecil - Lesen Perniagaan/Resit Sewa Tapak atau lain-lain dokumen yang boleh membuktikan pendapatan.

4. Akaun Bank
Jika pemohon tidak mempunyai akaun bank, sila lampirkan SURAT KUASA yang ditandatangani oleh pemohon. Sila nyatakan nama pasangan atau waris terdekat beserta maklumat akaun di surat kuasa tersebut.

Kadar Bayaran Bantuan Musaadah Khaira PPZ

◼️One Off – RM 300 sahaja bagi setiap keluarga

Semakan Status Bantuan Musaadah Khaira PPZ 2020

KLIK 👉 Semakan Status Bantuan Musaadah Khaira PPZ

Info Berkaitan:

👉 Senarai Bantuan Khas COVID-19 Kerajaan dan Negeri

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Bantuan Musaadah Khaira PPZ, sila layari laman sesawang di https://musaadahkhaira.zakat.com.my/.

Selamat membuat Permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ MAIWP 2020 secara online!

No comments

Powered by Blogger.