Contoh Surat Pelepasan Untuk COD Barang (Sepanjang PKP)

Contoh Surat Pelepasan Untuk COD Barang (Sepanjang PKP)|BAGAIMANA cara mudah membuat contoh surat pelepasan untuk COD barang perniagaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan? Perhatian buat anda yang ingin ketahui cara membuat contoh surat pelepasan untuk COD barang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Berikut dikongsikan Contoh Surat Pelepasan Untuk COD Barang Sepanjang Tempoh PKP buat rujukan anda.

Contoh Surat Pelepasan Untuk COD Barang (Sepanjang PKP)

Sedia maklum, sepanjang Restriction Movement Order (RMO) atau dipanggil Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya pekerja-pekerja di sektor perkhidmatan keperluan (essential services) sahaja yang diberi kebenaran untuk keluar bekerja. Walaupun peruncitan dibenarkan, tetapi untuk urusan COD contohnya makanan, hanya Grabfood dan Foodpanda sahaja yang diberi pelepasan untuk buat penghantaran.

Contoh Surat Pelepasan Untuk COD Barang (Sepanjang Tempoh PKP)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Contoh Surat Pelepasan Untuk COD Barang Sepanjang Tempoh PKP:

Nama:
Alamat:
No Telefon:
_________________________________________________________________________________

Kepada Ketua Polis Daerah XXX (Bahagian ini penting untuk diisi mengikut daerah masing-masing)

Tuan/Puan

SURAT PELEPASAN PERJALANAN SEPANJANG TEMPOH KAWALAN PERGERAKAN (COD BARANG)

Merujuk kepada perkara diatas, saya merupakan wakil bagi penghantaran barangan runcit (barang xxx) kepada pelanggan kami.

2. Disini saya sertakan butiran peribadi bagi kegunaan pihak tuan/puan:

Nama:
No K/P:
No Pendaftaran Kereta:
Tarikh:
Masa:
Kawasan Penghantaran:

3. Pihak kami amat berbesar hati agar pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini.

4. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

……………………………….
(Nama)

Info Penting:
*Pastikan surat pelepasan harus diprint dan tidak boleh pakai tangan.
*Pastikan mendapat cop pengesahan di Pejabat Polis Daerah anda

Semoga perkongsian Contoh Surat Pelepasan Untuk COD Barang ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.