Cara Mendapatkan Diskaun Bil Elektrik 50% Selama 6 Bulan

Cara Mendapatkan Diskaun Bil Elektrik 50% Selama 6 Bulan|BAGAIMANA cara mendapatkan diskaun bil elektrik? Perhatian buat warga Malaysia yang berkelayakan mendapatkan diskaun bil elektrik sebanyak 50% selama 6 bulan akibat penularan wabak COVID-19. Berikut dikongsikan Cara Mendapatkan Diskaun Bil Elektrik 50% Selama 6 Bulan buat rujukan anda.

Cara Mendapatkan Diskaun Bil Elektrik 50% Selama 6 Bulan

Sedia maklum, kerajaan telah memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRIHATIN) bagi memastikan risiko ekonomi berkaitan penularan wabak COVID-19 dapat ditangani. Dalam PRE2020 yang diumumkan pada 27 Februari 2020, diskaun bil elektrik akan diberikan kepada semua pengguna elektrik, termasuk di Sabah dan W.P. Labuan. Enam kategori perniagaan terpilih yang terjejas berikutan COVID-19 terutamanya sektor pelancongan akan menerima diskaun 15% bagi penggunaan elektrik untuk tempoh 6 bulan bermula penggunaan 1 April hingga 30 September 2020.

Cara Mendapatkan Diskaun Bil Elektrik 50% Selama 6 Bulan

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Mendapatkan Diskaun Bil Elektrik 50% Selama 6 Bulan termasuk syarat kelayakan menerima:

Kategori Pengguna Diskaun Bil Elektrik

1. Pengguna Domestik

i. Pengguna dengan bil bulanan RM500 dan ke bawah akan diberi diskaun 2% dan 28%
iaitu sejumlah 30% bagi tempoh 3 bulan bermula April sehingga Jun 2020. Diskaun sebanyak 2% akan diberikan bagi 3 bulan selanjutnya iaitu Julai sehingga September 2020.
ii. Pengguna dengan bil bulanan melebihi RM500 akan diberi diskaun 2% sepanjang
tempoh 6 bulan, dari April sehingga September 2020

2. Pengguna Komersil

i. Pengguna komersil di bawah 6 sektor khusus iaitu Pengendali Hotel, Agensi
Pelancongan dan Pengembaraan, Pejabat Syarikat Penerbangan Tempatan, Kompleks Membeli-belah, Pusat Konvensyen dan Taman Tema akan diberi diskaun sebanyak 15% oleh Kerajaan Persekutuan bagi tempoh 6 bulan, iaitu April sehingga September 2020.
ii. Pengguna komersil yang lain akan diberi diskaun sebanyak 2% oleh Kerajaan
Persekutuan bagi tempoh 6 bulan, iaitu April sehingga September 2020.

3. Pengguna Industri

Pengguna industri akan diberi diskaun sebanyak 2% oleh Kerajaan Persekutuan bagi tempoh 6 bulan, iaitu April sehingga September 2020.

4. Pengguna Lampu Jalan

Pengguna lampu jalan dengan tarif PLU, PLM (tanpa senggaraan) atau LJK (dengan
senggaraan) tidak diberikan diskaun.

5. Pengguna Dengan Lesen Awam Pengagihan

i. Pemegang Lesen Awam Pengagihan (LAP) dengan tarif biasa akan diberi diskaun
menurut tarif dan sektor seperti pengguna di Jadual Diskaun bagi Kategori Pengguna di bawah, tertakluk kepada terma dan syarat oleh Kerajaan.
ii. Pemegang Lesen Awam Pengagihan (LAP) dengan Tarif Khas akan dimaklumkan kelak oleh Pihak Berkuasa tentang proses dan mekanisme pemberian dan pembayaran diskaun.

Syarat Kelayakan Menerima Diskaun Bil Elektrik

1. Semua pengguna yang mempunyai akaun berdaftar dengan SESB dengan kategori tarif domestik komersil dan industri adalah layak secara automatik untuk mendapat diskaun ke atas bil elektrik mereka seperti di Jadual Diskaun Bagi Kategori Pengguna di atas.

2. Pengguna yang layak mendapat diskaun 15% ke atas bil elektrik seperti di S2(2)(i) adalah pengguna dengan akaun berdaftar dengan SESB di bawah kategori tarif komersil yang tergolong di dalam enam (6) sektor khusus, iaitu Pengendali Hotel, Agensi Pelancongan dan Pengembaraan, Pejabat Syarikat Penerbangan Tempatan, Kompleks Membeli-belah, Pusat Konvensyen dan Taman Tema.

3. Kelulusan pengguna di dalam enam (6) sektor khusus yang layak untuk diskaun 15%
(i) SESB telah mengenalpasti akaun pengguna yang tergolong di dalam enam (6) sektor khusus di S2(2)(i) melalui jenis premis atau nama pengguna di dalam pangkalan data SESB dan senarai awal ini telah diterima oleh Kerajaan.
(ii) Pengguna boleh memastikan jika akaun mereka disenaraikan untuk diskaun 15%
dengan menyemak di laman sesawang berikut:-
http://www.ketsa.gov.my/semakandiskaunbilelektrik15PRE2020/
(iii) Bagi pengguna yang layak tetapi tidak disenaraikan di laman sesawang di (ii), mereka boleh rujuk kepada maklumat lebih terperinci di S5.
(iv) Jika pengguna yang layak mempunyai lebih dari satu akaun dan disahkan kesemuanya oleh Kerajaan Persekutuan, maka kesemua akaun berdaftar tersebut layak menerima diskaun 15% bagi setiap satu akaun elektrik tersebut.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

a) Talian SESB CARELINE 15454 atau 088-515 000, atau emel : komersil@sesb.com.my
b) Talian hotline myGCC 03-8000 8000
c) Talian hotline Sekretariat PRE2020 di 03-8882 9089

Semoga perkongsian Cara Mendapatkan Diskaun Bil Elektrik 50% Selama 6 Bulan ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.