Permohonan Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara 2020 Online

Permohonan Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara 2020 Online|BILAKAH tarikh permohonan Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara tahun 2020 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara tahun 2020 sebagai pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, permohonan Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara 2020 boleh dibuat secara online mulai 9 Mac 2020 hingga 18 Mac 2020 menerusi Portal Rasmi JPA.

Permohonan Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara 2020 Online

Sedia maklum, permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan JPA dalam bentuk
Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dibawah Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Dalam Negara. Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Dalam Negara Tahun 2020 merupakan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara.

Permohonan Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara 2020 Online

1. Pemohon perlu layari Laman Web JPA secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://esilav2.jpa.gov.my/

2. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan
sebelum tarikh tutup permohonan. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara Tahun 2020 sebagai bukti permohonan telah dibuat.Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web JPA di http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/

Syarat Kelayakan Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara 2020

Antara Syarat Kelayakan Biasiswa Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara 2020 adalah seperti berikut:

A. Syarat Umum Calon

1. Warganegara Malaysia;
2. Mempunyai kesihatan yang baik;
3. Menduduki peperiksaan SPM buat pertama kali pada tahun 2019 bagi calon sekolah, atau menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama pada tahun sebelum tahun penawaran biasa di mana-mana sekolah menengah bagi calon dari sekolah khas, sekolah swasta dan calon-calon persendirian,
4. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki;
5. Ibu/bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA; dan
6. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.

B. Syarat Khusus Calon

1. Pelajar hendaklah mendapat keputusan SPM sekurang-kurangnya 9A+ dalam mana-mana mata pelajaran tanpa mengambil kira mata pelajaran selebihnya (sekiranya ada);
2. Memulakan pengajian peringkat Persediaan sebelum 31 Disember tahun penawaran biasa.

Selamat membuat Permohonan Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara tahun 2020 secara online!

No comments

Powered by Blogger.